Sabtu, 31 Disember 2011
DI AMBANG PINTU…
2012
Kubuka pintumu dengan lafaz bismillahhirrahmannirrahim
Kaki kanan melangkah seperti Sunnah Nabi
Ya Rabb...
Di ambang pintu ini…
Kurniakanku kekuatan
untuk kubuang selimut-selimut silam
(kemalasan, kejumudan, ketakutan, kefakiran)
yang membelengguku buat ke sekian kali.
2012
Kubuka pintumu dengan lafaz Astaghfirullah
Tafakur sunyi antara titis air mata yang turun ke bumi
Memuhasabah diri.....betapa banyaknya dosa
Tidak setimpal amal terhadap Yang Esa
Terasa kerdil dan hina diri ini.
2012
Kubuka pintumu dengan lafaz Alhamdulillah
Kulafazkan syukur
Kerana saat ini kumasih bisa bernafas
Masih mampu menganyam mimpi indah…
Kan kubuka lembaran baru.
2012
Di ambang pintumu,
Kulafazkan doa tulus…
“Ya Rabb…wahai Tuhan kami…
Lindungi kami…
Jagalah kami…
Bimbinglah kami…
Redai setiap langkah kami…
agar hari ini lebih baik daripada semalam…
dan esok lebih baik daripada hari ini…
Ameen!”
31 DISEMBER 2011