PETALING JAYA : Pasukan ATM
menjulang Piala Sumbangsih atau dikenali sebagai Piala Sultan Ahmad Shah buat
kali pertama apabila menewaskan Kelantan 4-3 menerusi penentuan penalti di
Stadium Shah Alam, malam Sabtu.
Ia merupakan permulaan baik buat
The Gladiators dalam aksi pembuka tirai Liga Malaysia 2013.
Malah kemenangan itu membolehkan
ATM merealisasikan misi balas dendam mereka terhadap Kelantan yang menjuarai
Piala Malaysia musim lalu.
Kedua-dua pasukan bermain dengan
seimbang dalam aksi 45 minit pertama dengan kedudukan seri tanpa jaringan.
Pendatang baru Liga Super,
pasukan ATM menguasai sepenuhnya perlawanan babak pertama.
Pasukan kendalian jurulatih
B.Sathianathan itu hampir memecah kebuntuan menerusi tiga percubaan berbahaya.
Pemain gantian Syazuan Hazani
hampir meletakkan ATM di depan pada minit ke-15, tetapi rembatannya tersasar.
Juara Liga Super tahun lalu,
Kelantan pula masih tercari-cari rentak untuk membolosi kubu pertahanan lawan.
Aksi babak kedua bersambung
sengit.
Pemain berusia 31 tahun, Indra
Putra Mahayuddin menjaringkan gol pertama untuk The Red Warriors pada minit
ke-55.
Keita Mandjou menggandakan
jaringan buat Kelantan pada minit ke-60 tetapi gol tersebut dibatalkan kerana
ofsaid.
The Gladiators bangkit melakukan
asakan menerusi jaringan Irwan Fadzly Idrus pada minit ke-85.
Gol tersebut meletakkan kedudukan
seri 1-1.
Kedudukan seri kekal sehingga
minit ke-93 dan memaksa juara ditentukan menerusi sepakan penalti.
Irwan Fadzly dinobatkan selaku
pemain terbaik perlawanan.
Barisan pemain:
Kelantan:
Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul
Azim, Zairo Anuar Bin Zailani, Mohd Shakir ShaariMohd Nor Farhan Muhammad, Mohd
Daudsu Jamaludin, Mohd Badhri Mohd Radzi, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Keita
Mandjou, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Syazwan Yusof
ATM:
K.Reuben, Mohd Fainizam Nordin,
Bruno Marteloto, Muhd Shukor Adan, Venice Elphi AK Danny Kaya, Mohd Fitri Omar,
Hairuddin Omar, Irwan Fadzly Idrus, Mohd Farizal HarunRezal Zambery Yahya,
Amiridzwan Taj Tajudin
Sumber : http : //www.mstar.com.my/