tag:blogger.com,1999:blog-4139606500779531867.post3417620870712862059..comments2024-02-23T06:32:48.223-08:00Comments on BAHASA ITU INDAH: ISU SOSIAL : Tekanan Keluarga & Pernah Dihalau Faktor Remaja Lari Dari RumahCikgu Taufiqhttp://www.blogger.com/profile/15581009543124879763noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4139606500779531867.post-35048527278122865782012-03-28T05:18:14.463-07:002012-03-28T05:18:14.463-07:00Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din merupakan se...Prof. Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din merupakan seorang pensyarah dan kaunselor berdaftar dalam bidang Bimbingan & Kaunseling di Jab. Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Pengetua Kolej Canselor UPM. Beliau berasal dari P.Pinang telah memulakan kerjaya di UPM sejak 1991 setelah berjaya memperolehi ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) dengan Kelas Pertama dari universiti yang sama. Atas kejayaan memenangi Anugerah Pingat Emas Canselor; Anugerah Graduan Terbaik Fakulti; dan Jabatan Pendidikan, beliau dilantik sebagai tutor dan memperolehi biasiswa UPM/JPA untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ph.D dalam bidang Kaunseling Pekerja di University of Hull, United Kingdom. Kini beliau juga merupakan Profesor Adjung (Bimbingan dan Kaunseling) di Kolej Universiti Teknologi dan Pengurusan Malaysia. Setelah berjaya menamatkan pengajian Ph.D dengan tesis bertajuk “Profil Masalah Pekerja dan Kajian Keberkesanan Perkhidmatan Kaunseling Pekerja Dalam Organisasi di Malaysia”, beliau kini banyak terlibat sebagai kaunselor pekerja, kerjaya dan pensyarah tetap di UPM, pensyarah sambilan di pelbagai institusi pengajian tinggi, konsultan, jurulatih, penceramah, penulis modul, panel pakar dan pakar rujuk dalam bidang bimbingan & kaunseling terutama kaunseling pekerja dan industri, kaunseling kerjaya, pembangunan sumber manusia dan keluarga, dan bidang kependidikan seperti tabiat/psikologi pembelajaran, teknik belajar berkesan, kecemerlangan akademik, serta tingkahlaku keorganisasian dan aspek berkaitan dengannya. Penglibatan meluas beliau meliputi pelbagai agensi kerajaan dan swasta berjumlah lebih 700 institusi dan organisasi awam dan swasta dalan negara dan luar negaraCikgu Taufiqhttps://www.blogger.com/profile/15581009543124879763noreply@blogger.com