tag:blogger.com,1999:blog-4139606500779531867.post7010345149912089768..comments2024-02-23T06:32:48.223-08:00Comments on BAHASA ITU INDAH: ISU BAHASA : Menghargai 77 tahun A. Samad SaidCikgu Taufiqhttp://www.blogger.com/profile/15581009543124879763noreply@blogger.comBlogger3125tag:blogger.com,1999:blog-4139606500779531867.post-45402543028279686932012-04-28T15:41:19.430-07:002012-04-28T15:41:19.430-07:00USIA bukan penghalang malah menjadi pendorong kepa...USIA bukan penghalang malah menjadi pendorong kepada tokoh sastera, A. Samad Said, untuk berbuat sesuatu bagi negaranya demi mempertahankan prinsip demokrasi dan imbangan dalam masyarakat.

Itulah alasan mengapa Sasterawan Negara Malaysia berusia 77 tahun itu bersetuju menjadi pengerusi bersama Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) apabila diusulkan oleh rakan-rakannya.

'Rakan-rakan dalam perjuangan itu (Bersih) mendatangi saya, dan merasakan saya dapat memberikan sumbangan.

'Agak kebetulan pula saya dalam satu kelompok penulis yang agak aktif juga dalam mengadakan ceramah dan seumpamanya, dan mungkin juga oleh kerana saya terlibat dalam perjuangan menentang PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris) - meluhuri bahasa Melayu. Oleh kerana itu, ia agak bersambung.

'Orang datang kepada saya dengan merasakan bahawa saya dapat membantu walaupun saya sendiri merasakan agak terlalu banyak diharapkan daripada saya. Tetapi, alhamdulillah, nampaknya ada kesanggupan,' jelas sasterawan yang lebih mesra dengan panggilan 'Pak Samad' itu ketika ditemui Berita Harian Singapura, di Masjid Negara, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Menurut Pak Samad, beliau prihatin terhadap suasana politik dan masyarakat Malaysia kerana telah melihat sendiri 'perjalanan landas demokrasi sudah tak betul' di negaranya dan seringnya isu perkauman dan keagamaan ditimbulkan para pemimpin apabila mahu memancing sokongan agar memihak kepada mereka.
'Jadi, kalau penguasa itu orang Melayu, kalau ingin terus berkuasa dia akan membentangkan soal bahawa orang Melayu tertindas di tanah airnya sendiri. Itu yang anehnya,' kata beliau.

Menurutnya, Malaysia sudah merdeka selama 54 tahun di bawah kepimpinan yang sebahagian besarnya diterajui orang Melayu, maka 'bagaimana anda boleh menyatakan orang Melayu di sini agak tertindas'.

Menyentuh motivasi sumbangannya dalam membetulkan 'landasan demokrasi' negaranya melalui Bersih, Pak Samad menegaskan bahawa beliau teringat kata-kata mutiara seorang penyair Indonesia, Chairil Anwar.

'Saya masih ingat apa Chairil Anwar kata: 'Sekali berarti sesudah itu mati' yang ertinya sebelum kita mati, di mana-mana yang perlu, kita harus dapat memberikan sumbangan. Ya, apa salahnya?'

'Semakin saya mendalami, mensyahdui diri saya, maka saya rasakan Tuhan tidak datangkan kita untuk kita sahaja. Tuhan juga mendatangkan (kita) untuk kebahagiaan orang lain. Jadi, apa sahaja yang kita boleh sumbangkan, kita sumbangkan sebab Nabi pun didatangkan untuk berkhidmat kepada ummah. Jadi, itu sebab saya tidak mahu mensia-siakan umur saya,' jelasnya sambil berharap setiap tuntutan Bersih akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum akan datang.

(Sedutan HMetro Singapura)Cikgu Taufiqhttps://www.blogger.com/profile/15581009543124879763noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4139606500779531867.post-69014741931912728012012-04-13T15:56:10.536-07:002012-04-13T15:56:10.536-07:00A. Samad Said sememangnya ikon sasterawan berjiwa...A. Samad Said sememangnya ikon sasterawan berjiwa merdeka yang wajar dijadikan contoh oleh generasi kini...Cikgu Taufiqhttps://www.blogger.com/profile/15581009543124879763noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4139606500779531867.post-45099599038294064582012-04-13T08:43:11.925-07:002012-04-13T08:43:11.925-07:00dia meerupakan sasterawan yang berani... :)dia meerupakan sasterawan yang berani... :)محمد أمين بن أريسhttps://www.blogger.com/profile/07360898986456765034noreply@blogger.com