Pengaruh penggunaan singkatan perkataan boleh menyebabkan kualiti bahasa semakin merosot
"kan kt ne? kt lai wah ah. pe je g g? te we ah. cun bj bro. cam bj ak nix ja an." Apa agaknya perasaan anda apabila menerima mesej sebegini melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kadangkala mesej itu pula boleh dikatakan menggunakan 100 peratus perkataan singkatan.
Tahukah anda mesej di atas membawa maksud sebegini "Makan kat mana? Kat gulai kawahlah. Siapa saja pergi? Kita berdua sajalah. Cantik baju awak. Macam baju aku ni saja kan."
Membaca SMS sebegini memang memeningkan kepala dan kadangkala membuatkan kita jadi berang lantaran terpaksa mengamati secara teliti apa mesej yang mahu disampaikan sehinggakan ada kalanya terasa seakan mahu saja dimaki hamun si pengirim SMS.
Mulanya, penghantaran SMS ringkas sebegitu bertujuan menjimatkan masa menaip perkataan panjang lebar tapi sudahnya membuatkan si penerima mesej terpaksa meluangkan lebih banyak masa memahaminya, malah mungkin terpaksa pula menghantar semula mesej minta si pengirim tadi menjelaskan maksudnya bukankah ia lebih membuang masa?
Lebih menyakitkan hati apabila SMS itu dikirim kepada orang tua yang kebiasaannya tak begitu memahami gaya bahasa remaja kerana kerap kali suka bereksperimen dengan penggunaan perkataan abstrak atau lenggok bahasa selanga sehingga kerap kali mereka (orang tua) merungut "Apa benda yang dia tulis ini. Pening aku!"
Tidak dinafikan penggunaan perkataan singkat dalam SMS adalah satu kaedah mengurangkan penggunaan aksara dalam penulisan bagi menjimatkan ruang dan kos kerana setiap SMS ada hadnya iaitu tidak lebih 60 karakter bagi setiap SMS yang kebiasaannya dicaj sebanyak 10 sen bagi satu SMS.
Meskipun penggunaan perkataan ringkas itu kurang disenangi banyak pihak, ia seperti dihalalkan apabila ramai juga orang tua sudah selesa menggunakan gaya bahasa serupa dengan sudah ada yang memendekkan banyak perkataan seperti okay menjadi k, makan menjadi 'mkn', kereta menjadi 'kete' dan banyak lagi.
Tidak boleh dinafikan, boleh dikatakan hampir sebahagian komunikasi kita setiap hari menggunakan SMS kerana berasakan ia cara paling murah dan mudah sehinggakan ada juga yang suka bermain SMS sedangkan penerima dan pengirim hanya berada dalam jarak dekat, malah sebelah menyebelah saja.
Apabila kaedah komunikasi itu sudah mula menjadi perantara paling popular, tak dapat tidak ia pasti mempengaruhi gaya bahasa lain dan ia diakui sudah mula menular dalam konteks penulisan lain dengan ada pensyarah memberitahu bahawa ada pelajar menghantar e-mel dengan bahasa singkat yang kurang disenangi pensyarah itu.
Paling merisaukan, pengaruh gaya bahasa sebegini boleh menyebabkan kualiti bahasa di negara ini semakin merosot atau lebih buruk lagi sehingga boleh menjejaki senario di Indonesia yang menghalalkan penggunaan akronim secara berlebihan dalam penulisan formal termasuk di media bercetak negara itu.
Di Indonesia, perkataan Menteri Luar sudah diringkaskan menjadi 'Menlu' dan Duta Besar menjadi 'Dubes'. Itu mungkin sudah popular dan difahami tetapi mereka bagai tidak kisah penulis akhbar di negara itu menggunakan akronim ciptaan sendiri sehingga langsung tidak difahami dan ia adalah budaya di sana.
Tidak kisah sangat jika bahasa digunakan sudah biasa dibaca dan mudah difahami seperti 'org' (orang), 'tpt' (tempat), 'jln' (jalan) dan 'tmn' (taman) tetapi jika perkataan itu memeningkan kepala, siapa yang suka menerimanya seperti menggunakan nombor untuk mewakili ringkasan aksara seperti '2nang' (tunang) dan '3ma' (terima).
Malah, ada juga ringkasan yang membawa pelbagai maksud seperti 'pg' (pergi atau pagi?), 'sex' (sekali atau seks?) dan bagaimana tanggapan orang tua jika tiba-tiba menerima SMS sebegini "Jom pergi sex (jom pergi sekali)."
Bukan setakat perkataan diringkaskan tetapi ada pula ayat digabungkan menjadi satu perkataan ringkas seperti 'atm' (at the moment), 'brb' (be right back), 'asap' (as soon as possible) dan 'tqvm' (thank you very much).
Seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang hanya mahu dikenali sebagai Dr Intan memberikan satu contoh kiriman e-mel oleh seorang pelajar yang memohon untuk menyambung pengajian "Sy sgt berminat untuk smbung master tapi intake master upm already closed. so dr. msih ade kekosongan x untuk master students? if dr. ade kosong sy boleh jd RA dhlu b4 apply utk master for next semester.sy attch skali resume sy utk rujukan.sy harapkan respon yg baik dr pihak dr. thanx in advance=)"
Jika penulis sebagai pensyarah itupun, e-mel sebegini jangankan tidak dilayan, malah tak dibaca langsung kerana sepatutnya urusan rasmi sebegini tidak boleh dicampur aduk dengan bahasa singkat yang sudah terbiasa digunakan dalam SMS.
Gambaran itu menunjukkan penggunaan bahasa ringkas dalam SMS sudah mula menular dalam konteks rasmi dan ia perlu dibendung supaya tidak menjadi barah yang bakal merosakkan kualiti bahasa masyarakat di negara ini.
Cukuplah masyarakat kita dipengaruhi dengan pelbagai bentuk bahasa selanga remaja yang sudah mula sebati dan mula diterima semua kelompok usia seperti awek, makwe, bohsia dan bohjan. Jangan nanti satu hari nanti, bahasa ringkas SMS ini pula menjadi bahasa baru dan dihalalkan di mana- mana saja.
Bukan tidak boleh meringkaskan penggunaan bahasa dalam SMS tapi biarlah berpada dan kena pada tempatnya. Jangan pula sampai si penerima langsung tidak faham sekali gus merosakkan konsep komunikasi yang sepatutnya berjalan lancar.
Jangan juga bahasa dalam SMS dibawa keluar dalam konteks lain kerana tidak semuanya sesuai digunakan secara membuta tuli. Setuju sangat dengan kenyataan pakar komunikasi, Dr Muati Ahmad "Loghat Kedah tempatnya di Kedah, bukan dibawa sampai ke Johor. Bahasa SMS hanya dalam SMS, salah sangat dipakai di saluran lain."
Sumber : http://www.bharian.com.my/
Assalam mu alaikum wr wbt.
BalasPadamSemua guru perlu bersama-sama menangani maslah ini. Langkah pertama, dipringkat sekolah; Jangan benarkan sama sekali ia muncul dalam apa-apa bentuk penulisan. Jika murid menjawab mana-mana ujian bertulis pastikan murid menggunakan ejaan yang betul. Ejaan ala SMS kalau ada lebih dari lima contoh terus beri markah sifar. Semua guru tak kira apa mata pelajaran mesti membantu kerana ini adalah amanah.
Diperingkat LPM, diharap dapat membuat pekeliling dan penguatkuasaan tentang penggunaan bahasa dan cara menulis SMS ini. Jika berjumpa dalam jawapan calon buatlah pemotongan markah.
Permasalahan ini perlu ditangani secara bersama oleh pelbagai pihak. Guru hanya mampu berperanan membudayakan penggunaan bahasa yang betul di sekolah (dalam ruang yang terhad). Selebihnya, ibu bapa, masyarakat, kerajaan dan agensinya, pihak swasta, media massa dan sebagainya mesti berperanan bagi menangani permasalahan ini.
BalasPadamIzod Center Tropicana Field Camden Yards Oakland-Alameda County Coliseum Safeco Field Fenway Park Yankee Stadium Target Field Rangers Ballpark in Arlington Nationals Park AT&T Park PETCO Park Comerica Park Kaufman Stadium U.S. Cellular Field Turner Field Busch Stadium Citi Field Citizens Bank Park PNC Park Wrigley Field
BalasPadam