Kasih sayang mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak. Berikan anak anda sepenuh kasih sayang yang diperlukannya.
BERIKAN ANAK ANDA
· | bimbingan | - | secara tekun dan berterusan. Hal ini penting sekali bagi kesuburan pertumbuhan mentalnya. |
· | masa anda | - | setiap masa yang digunakan bersamanya adalah lebih bermakna daripada apa yang anda jangkakan. |
· | peluang | - | untuk mempelajari dan mengalami hal-hal baru. Hal ini memperkayakan pemikirannya. |
· | galakan | - | dalam bekerja dan bermain . Jangan dihadkan percubaannya meneroka, mencontohi, mencipta dan meneroka fikiran. |
· | tanggungjawab | - | bermula dengan kerja-kerja mudah. Hal ini latihan terbaik yang meyakinkan bahawa dia berguna. |
· | hak mempunyai watak berbeza | - | kerana setiap anak adalah unik. Jangan bandingkan dia dengan adik-beradiknya atau dengan orang lain. |
· | pujian | - | atas segala pencapaiannya. Lebih-lebih lagi kerana usahanya mencuba, walaupun dia kandas atau gagal. |
· | akal- budi bicara anda | - | timbangkan umur dan tabiat - perangainya apabila anda tidak menyetujuinya. Anda boleh singkirkan kelakuannya tetapi jangan sekali-kali kutuk anak anda. |
· | keyakinan ketenteraman | - | sentiasa. Jangan menjauhkan diri daripadanya atau mengugut menarik balik kasih sayang anda atau mengancam menyerahkannya kepada orang lain. |
· | segala yang diperlukannya | - | tanpa mengharapkan balasan. Bukan kehendaknya untuk dilahirkan tetapi adalah kehendak anda. Oleh itu asuhilah dia menghormati orang tua dan taat kepada ibu bapa. |
SEBANYAK MANA KASIH SAYANG YANG ANDA BERIKAN, BANYAK ITULAH JUGA KASIH SAYANG YANG AKAN ANDA TERIMA DAN PEROLEH!
Sumber : Kasmini Kassim, buku Memahami Jiwa kanak-kanak 2, Kafarina Holdings Sdn Bhd, 1993.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan