PERSAINGAN antara peserta industri perkhidmatan pelayar tercetus sekali lagi dan kali ini membabitkan perebutan untuk mendominasi segmen internet mudah alih.
Google, Apple,
Microsoft dan Yahoo! - semua gergasi internet itu sedang bergelut untuk
bersama-sama dengan pelayar baru seperti Opera yang dibangunkan syarikat Norway
serta perisian sumber terbuka terkemuka Firefox daripada Mozilla.
Tumpuan di
sebalik persaingan itu bukan sekadar untuk meraih hak mereka sebagai pelayar
eksklusif, tetapi juga untuk mendominasi web mudah alih yang akan membawa
pengguna ke laman web mereka sekali gus mengumpulkan data yang boleh digunakan
bagi pengiklanan.
“Pembangun
pelayar ini memerlukan kehadiran dalam peranti mudah alih untuk memastikan
mereka terus kekal berdaya saing,” kata analisis Opus Research, Greg Sterling.
“Setiap peserta
cuba menguruskan strategi masing-masing dalam dunia pelbagai-skrin dan
pelbagai-platform,” katanya.
Firma
Penyelidikan StatCounter mendapati akses global menerusi peranti mudah alih,
tidak termasuk komputer tablet melonjak sepanjang tahun hingga Januari lalu
kepada 8.5 peratus berbanding semua penggunaan internet.
Google
meningkatkan usahanya awal tahun lalu dengan melancarkan versi penuh pelayar
Chrome untuk peranti mudah alih yang akan menggantikan pelayar yang tiada
namanya menggunakan platform terbuka Android miliknya.
Pelayar
Android-Google meraih 21.5 peratus daripada laman web mudah alih, mengatasi
Opera, peneraju awal yang memiliki 21.3 peratus penguasaan pasaran berdasarkan
StatCounter.
“Chrome sudah
pasti akan menjadi pesaing terbesar kerana adanya Android dan ia mempunyai
momentum yang besar kepada pengguna komputer,” kata Sterling.
Di kedudukan
ketiga adalah pelayar Safari milik Apple, pelayar yang digunakan pada iPhones,
dengan penguasaan pasaran 20 peratus. Nokia, BlackBerry dan beberapa peserta
lain hanya memegang peratusan yang kecil.
Namun, apabila
mengambil kira komputer tablets pula, Apple menjadi peserta utama bagi pelayar
yang paling banyak digunakan dengan 63 peratus berdasarkan data daripada
tinjauan Net Applications’ NetMarketShare manakala Android hanya menguasai
hampir 19 peratus. – AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan