PUTRAJAYA 27 Jun - Sebanyak 75 peratus graduan institusi
pengajian tinggi (IPT) berjaya memperoleh pekerjaan dalam tempoh enam bulan
selepas tamat pengajian.
Kajian Pengesanan Graduan Kementerian Pengajian Tinggi 2011
juga menunjukkan trend graduan mendapat pekerja meningkat daripada 71.3 peratus
pada 2007 kepada 77.4 peratus tahun lalu.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
berkata, peningkatan tersebut membuktikan keberkesanan sistem pengajian di
negara ini selain peluang pekerjaan yang sentiasa ada bagi memenuhi permintaan
pasaran.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan