PUTRAJAYA : Kadar
ketegangan masyarakat di negara ini masih dalam keadaan terkawal dan tidak
membimbangkan, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional (JPNIN), Datuk Azman Amin Hassan.
Beliau berkata indeks ketegangan
masyarakat(SSI) merangkumi keganasan/rusuhan; demonstrasi/protes;
serangan/pergaduhan dan isu/konflik menunjukkan tidak melebihi 25 kes per
sejuta penduduk setiap tahun dari 2009 hingga 2012.
"Pada 2009, indeks SSI ialah
21.6 kes, sebelum meningkat 22.5 pada 2010, dan menurun 18.2 kes per sejuta
penduduk pada 2011," katanya pada sidang media di sini Isnin.
Walaupun indeks itu menunjukkan
peningkatan sedikit kepada 19.2 kes per sejuta pada tahun lepas berikutan
penganjuran demonstrasi, namun ia tetap terkawal, katanya.
"Apa yang kita dapati ialah
indeks SSI itu meningkat ketika waktu pilihan raya dan menurun selepas
pemilihan kerajaan dibuat. Jadi kita jangka indeks tersebut meningkat sedikit
pada tahun ini berikutan PRU ke-13 dalam waktu terdekat," katanya.
Beliau berkata kerajaan telah
mengambil pelbagai langkah untuk mengawal keadaan bagi memastikan Malaysia
terus kekal sebagai negara paling selamat di Asia Tenggara, kedua di Asia
selepas Jepun dan ke-20 di dunia daripada 185 negara, dalam ranking Indeks
Keamanan Global (GPI).-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan