Oleh : LUQMAN RIDHWAN MOHD. NOR
KUALA LUMPUR - Sebanyak
43,667 kes bankrap telah didaftarkan oleh Jabatan Insolvensi sejak tahun 2011
hingga Mac tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, bagi tahun 2011, jumlah kes
yang didaftarkan adalah sebanyak 19,167 kes dan ia meningkat kepada 19,570 kes
pada tahun berikutnya.
"Sehingga Mac lalu pula,
sebanyak 4,925 kes telah didaftarkan dan saya percaya angka 19,000 itu juga
akan dicapai tahun ini.
"Masalah ini berlaku
disebabkan oleh kelalaian dalam perancangan kewangan terutamanya daripada
golongan usahawan dan pekerja di kelas pertengahan yang mahukan keselesaan
dalam kehidupan mereka," katanya.
Sumber : http : //www.kosmo.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan