Contoh P&P menggunakan ICT |
Ucapan Perasmian Oleh Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia |
Oleh : Mohd Azrone Sarabatin | azrone@mediaprima.com.my
Kementerian Pendidikan sedia kemudahan 4G akhir tahun
Kuala Lumpur : Kementerian
Pendidikan bercadang memperkenalkan pembelajaran secara maya menggunakan
telefon pintar seperti iPhone dan telefon Windows, pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri yang
juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ini membolehkan
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan di mana-mana dan pada
bila-bila masa.
Katanya, di rantau Asia Pasifik,
penggunaan telefon pintar semakin popular dengan kemudahan seperti internet
tanpa wayar, rangkaian 3G atau 4G untuk meningkatkan P&P.
Kemudahan 1BestariNet
“Dalam pelan tindakan pendidikan
negara, kita akan menyediakan kemudahan 4G melalui 1BestariNet dan persekitaran
pembelajaran maya (VLE) membabitkan lebih 10,000 sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara menjelang akhir tahun ini. Kita juga menyasarkan semua guru
terlatih dan cekap dalam VLE menjelang 2015.
“Pembelajaran mudah alih atau
m-pembelajaran dan pembelajaran di mana-mana atau u-pembelajaran adalah dua
trend untuk mengukuhkan inisiatif e-pembelajaran kita,” katanya ketika
merasmikan Persidangan Antarabangsa Pendidikan ‘Digital Education Show Asia’
2013 di sini, semalam. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Menteri Pendidikan I,
Datuk Mary Yap Kain Ching.
3 gelombang pembangunan
Muhyiddin berkata, kementeriannya
sudah menggariskan tiga gelombang pembangunan untuk perubahan sistem pendidikan
negara dengan meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Katanya, pembabitan guru dan
integrasi ICT dalam P&P adalah faktor utama bagi menjayakan matlamat itu
dan ia juga sejajar matlamat Wawasan 2020 menerusi inisiatif dalam
teleperubatan, e-kerajaan, pendidikan dan industri.
Beliau yakin peningkatan
integrasi ICT dalam P&P akan merubah sistem hafalan tradisional kepada
pendekatan konstruktivis yang melahirkan pelajar berfikiran kreatif, kritikal
dan berinovasi.
Sumber : http :
//www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan