PETALING JAYA : Keadaan jerebu semakin teruk di Semenanjung Malaysia dengan enam kawasan mempunyai indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 100, yang dianggap tidak sihat.
Pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan satu nasihat
umum untuk orang ramai, terutamanya mereka yang mempunyai masalah pernafasan
supaya mengelakkan aktiviti luar.
Pada pukul 11 pagi Ahad, Jabatan Alam Sekitar mengesan
bacaan kualiti udara yang tidak sihat bagi Pelabuhan Klang (104), Melaka (129),
Linggi (117), Sungai Udang (120), Muar (125) dan Kijal (101) dengan kawasan
lain di Semenanjung menunjukkan tahap yang baik dan sederhana.
Pihak berkuasa kesihatan sedang memantau keadaan dan akan
mengeluarkan nasihat awam dari semasa ke semasa.
Sumber : http : //mstar.com,my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan