Datuk Seri Idris Jusoh |
Beliau berkata antara manfaat itu
adalah mampu mewujudkan sinergi kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013-2025) dan juga daripada segi kepakaran yang terdapat pada kedua-dua
kementerian sebelum ini.
"Dengan penggabungan ini kos
akan berkurangan dan program-program juga tidak ada duplikasi...ia akan memberi
manfaat kepada rakyat dan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas
melancarkan program perdana "Let's Talk And Let's Go Global" anjuran
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dan
Jabatan Penyiaran di sini Sabtu.
Idris berkata program anjuran UMT
itu merupakan satu contoh bahawa program kerjasama antara pihak institusi
pengajian tinggi dan pihak sekolah sama ada peringkat menengah mahupun rendah
dapat dilaksanakan dengan baik.
Mengenai usaha untuk memperkasa
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar, beliau berkata pihak kementerian akan
terus melatih guru Bahasa Inggeris agar lebih mahir dalam penguasaan bahasa
global itu. Katanya bukan sahaja mereka perlu mahir dalam bahasa Inggeris malah
juga perlu mempunyai pengetahuan luas tentang perkara semasa yang berlaku di
peringkat antarabangsa.
"Bukan hanya Bahasa Inggeris
sahaja, dalam bidang sains, matematik perlu ditingkatkan, perlu ditingkatkan
kemahiran berkomunikasi, perlu ditingkatkan penggunaan teknologi dan banyak lagi
perkara," katanya.
Seramai 260 pelajar Tingkatan 4
dari 13 sekolah sekitar Kuala Terengganu menyertai program "Let's Talk and
Let's Go Global" dengan diberikan pendedahan berkomunikasi dalam bahasa
Inggeris selama enam bulan menggunakan pelbagai medium seperti radio, filem,
portal pendidikan, media sosial, foto, akhbar dan video. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan