Ahad, 22 April 2012
ISU KESIHATAN : 10 Pekerjaan Tinggi Depresi
Stres dan depresi merupakan masalah umum yang hampir dialami oleh semua pekerja, baik yang bekerja di pejabat mahupun lapangan.
Dr. Deborah Legge, kaunselor kesihatan mental di Buffalo, New York, Amerika Syarikat, menyatakan terdapat beberapa aspek yang menyumbang atau memburukkan stres dalam pekerjaan. Salah satunya jam kerja yang tidak menentu.Daripada banyak jenis pekerjaan, terdapat pekerjaan tertentu yang sangat rentan terhadap stres dan kemurungan. Berikut ini adalah senarainya.
1. Penjaga orang - orang tua dan anak kecil
Punca : kerap bertemu orang sakit dan tidak mendapat sokongan positif daripada pesakit yang dirawat.
2. Pelayan restoran
Punca : tidak dihargai dan cenderung berhadapan tingkah laku kasar daripada pelanggan.
3. Pekerja Sosial
Punca : selalu berurusan dengan individu yang memerlukan pertolongan dan perhatian.
4. Pekerja sektor kesihatan( doktor, jururawat, ahli terapi dan profesion kesihatan lain)
Punca : memiliki pekerjaan yang tidak teratur dan mempunyai tanggungjawab besar berkait dengan keselamatan nyawa orang lain.
5. Seniman, penghibur dan penulis
Punca : cenderung mempunyai pendapatan yang tidak menentu dan jam kerja yang tidak pasti dan memiliki risiko lebih tingi untuk dijangkiti penyakit bipolar(gangguan mood secara mendadak).
6. Guru
Punca : menerima tekanan daripada pelajar, ibu bapa dan sekolah (pentadbir)untuk memenuhi standard berbeza yang ingin dicapai.
7. Staf pentadbiran
Punca : berada di barisan hadapan dan menerima arahan daripada segenap penjuru.Dalam masa yang sama mereka berada di bahagian bawah dalam urusan penguatkuasaan.
8. Penyelenggaraan
Punca : harus bekerja pada waktu yang aneh(tidak menentu), jadual bervariasi dan sering bekerja syif malam. Mereka melakukan pekerjaan dalam kategori sukar tetapi sering kali mendapat upah yang sedikit.
9. Penasihat kewangan / akauntan
Punca : memiliki tanggungjawab yang banyak berhubung pengaturan kewangan individu. Mudah rasa bersalah apabila klien kehilangan wang
10.Eksekutif jualan
Punca : pendapatan tidak menentu kerana terpaksa bergantung kepada komisen yang diperoleh, tidak mengetahui tahap pendapatan pada bulan-bulan seterusnya dan cenderung melakukan perjalanan jauh sehingga terpaksa berjauhan daripada keluarga dan teman-teman.
Sumber : Majalah iSihat, Mei 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan