JOHOR BAHRU - Kementerian Pengajian Tinggi
akan mengkaji ciri keselamatan pengeluaran ijazah bagi menangani kegiatan
penjualan ijazah palsu di negara ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata
kementerian juga akan melihat ciri keselamatan yang digunapakai negara lain
bagi mengatasi kes seumpama itu.
"Berbanding sijil kelahiran yang mempunyai ciri-ciri
serupa, pengeluaran ijazah oleh setiap universiti di negara ini berbeza-beza.
Orang ramai tidak tahu sama ada ia tulen atau sebaliknya," katanya.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan kegiatan satu sindiket
yang menawarkan ijazah palsu menggunakan nama Universiti Sains Malaysia (USM)
menerusi laman web pada harga mencecah RM5,000.
Bercakap kepada pemberita selepas Program Khidmat Masyarakat
Yayasan Tunku Abdul Rahman dan pelancarkan Pusat Khidmat Kaunseling Komuniti
1Malaysia Universiti Teknologi Malaysia, di Sekolah Kebangsaan Rinting 1, di
sini, hari ini, Mohamed Khaled berkata kes itu adalah yang pertama diterima
pihaknya setakat ini.
Beliau berkata kementerian dan USM kini bekerjasama dengan
polis bagi membantu siasatan kes itu. - Bernama
Thanks for sharing, nice post!
BalasPadamPhục vụ cho nhu cầu vận chuyển container bằng đường bộ ngày càng lớn, vận chuyển xăng dầu bằng đường sắt và vận tải, gửi hàng hóa vận chuyển xe máy bắc nam bằng đường sắt cũng đã xây dựng nên những qui trình, dịch vụ vận chuyển hàng hóa bằng các toa xe chuyên dùng chuyên nghiệp và có hệ thống. Đảm bảo mang đến chất lượng tốt nhất cho khách hàng sử dụng dịch vụ.