NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Pemain-pemain Sepanyol menjulang trofi Euro 2012 di Kiev,
Ukraine. - Foto ihsan BBC
Sepanyol mencipta sejarah dengan memenangi tiga gelaran
utama berturut-turut termasuk kejuaraan Euro buat kali kedua.
Sepanyol mengatasi Itali 4-0 untuk mengekalkan gelaran Euro
di Stadium Kiev, Ukraine pagi tadi menerusi jaringan yang berkualiti dan
menarik serta menghiburkan para penontotn di arena itu dan seluruh dunia.
Kemenangan ini juga bermakna kerana Sepanyol muncul juara
Kejohanan Eropah buat kali ketiga. Pada 2010, Sepanyol muncul juara Piala
Dunia.
Trofi disampaikan oleh Presiden Uefa, Michel Platini di
Stadium Olimpik, Ukraine yang menghimpunkan 65,000 penonton. Ukraine dan Poland
menganjurkan secara bersama edisi Euro kali ini.
Euro 2016 akan berlangsung di Perancis.
Kejayaan berpesta gol ini juga mengikis kritikan dan kecaman
bahawa Sepanyol gagal menyajikan persembahan yang menghiburkan kali ini.
Itali dan Sepanyol telah pun bertemu pada perlawanan
peringkat kumpulan, tetapi bilangan gol pada hari ini sesuatu di luar dugaan
ketika ramai meramalkan Itali akan mengatasi Sepanyol.
Bilangan gol itu juga dilihat sesuatu 'yang malang' apabila
Itali bermain 10 orang selepas Thiago Motta terpaksa dikeluarkan kerana
kecederaan dialaminya. Ketika itu Itali sudah pun membuat tiga pertukaran.
Itali menggantikan Chiellini dengan Balzaretti pada minit
ke-21, Cassano (Di Natale, 46) dan Montolivo (Motta, 56).
Sepanyol juga menggunakan tiga pemain gantian iaitu Iniesta
digantikan oleh Mata (87). Sebelum itu,. Fabregas digantikan oleh Torres (75)
dan Silva (Pedrito, 59).
Gol pertama Sepanyol dijaringkan oleh David Silva pada minit
ke-14 dan disusuli jaringan Jordi Alba pada minit ke-41. Gol ketiga dijaringkan
oleh Fernando Torres pada minit ke-84 dan disusuli gol minit ke-88 menerusi
Juan Mata.
Sepanyol turun untuk mencipta nama sebagai negara yang
memenangi tiga gelaran antarabangsa berprestij secara berturut-turut - Euro
2008 dan Piala Dunia 2010 serta Euro 2012.
Itali pula mahu meneruskan peningkatan prestasi selepas
permulaan hambar pada awal saingan di samping
memasang impian untuk mengulangi sejarah 1968.
Statistik perlawanan :
- Kedudukan gol: Sepanyol (4) - Itali (0)
- Penguasaan bola: Sepanyol (51%) - Itali (49%)
- Sasaran ke gawang: Sepanyol (14) - Itali (11)
- Sepakan penjuru: Sepanyol (3) - Itali (3)
- Kad kuning: Sepanyol (1) - Itali (1)
Barisan pemain Sepanyol:
1 Iker
Casillas
17 Alvaro Arbeloa
15 Sergio Ramos
18 Jordi Alba
8 Xavi
Hernandez
16 Sergio Busquets
14 Xabi Alonso
21 David Silva
10 Cesc Febregas
6 Andres
Iniesta
Barisan pemain Itali :
1 Gianluigi
Buffon
6 Federico
Balzaretti
15 Andrea Barazagli
19 Leonardo Bonucci
3 Giorgio
Chiellini
8 Claudia
Marchisio
18 Ricardo Montolivo
16 Daniele De Rossi
21 Andrea Pirlo
9 Mario
Balotelli
10 Antonio Cassano
Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan