KUALA LUMPUR: Subjek
kesusasteraan dalam sistem pembelajaran di sekolah tidak harus bertumpu kepada
sastera Inggeris semata-mata, sebaliknya wajar meliputi semua bahasa dunia.
Prof Diraja Ungku Aziz
Ungku Abdul Hamid berkata menerusi langkah itu, rakyat negara ini akan dapat
memahami budaya bangsa lain di dunia ini.
"Sebab dalam masa
50 tahun dari sekarang mungkin budaya Inggeris tidak begitu penting dan diganti
budaya lain. It's only temporary and it's already in decline as budaya (Budaya
itu hanya sementara dan sudahpun merosot sebagai budaya)," katanya kepada
pemberita, di sini, Jumaat.
Beliau ditemui selepas
merasmikan pameran lukisan solo artis veteran Sivem Selvaratnam, di Universiti
Malaya.
Isnin lepas, Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran menyatakan bahawa
kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan pembelajaran subjek kesusasteraan
Inggeris peringkat sekolah menengah menerusi kajian semula sistem pendidikan
nasional.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan