Peratus lelaki suka kelentong
lebih tinggi
London : Satu daripada lima
orang didapati berbohong kepada rakan mereka mengenai perkara seperti pekerjaan
dan kereta dalam usaha untuk menampakkan mereka lebih berjaya, kata satu
kajian. Penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 21 peratus mengakui berbohong ketika
mereka bersama dengan rakan dari sekolah dan universiti, lapor Daily Mail.
Paling terdesak
Golongan lelaki paling terdesak
untuk menampakkan mereka lebih berjaya dengan sejumlah 55 peratus akan menokok
tambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka peroleh.
Kajian terbabit juga mendapati
bahawa sebanyak lapan peratus lelaki sering kali berpura-pura mendakwa mereka
memandu kereta mahal.
Sementara itu, kira-kira 45
peratus wanita yang berbohong mendakwa bahawa mereka mempunyai kerja yang lebih
glamour berbanding apa yang sebenarnya mereka buat.
Kebanyakan iaitu sebanyak 12
peratus juga berbohong untuk menampakkan mereka tinggal di kawasan yang lebih
baik.
“Kita tinggal di satu masa di
mana semua orang terdesak kepada sesiapa saja untuk menampakkan mereka sebaik
yang mungkin,” kata pakar psikologi, Dr Linda Papadopulos.
Manipulasi
“Penggunaan Facebook orang ramai
menunjukkan kita semakin menyedari bahawa bagaimana kita boleh menggunakan
maklumat tertentu untuk memanipulasikan pemikiran orang lain terhadap kita.
“Dan orang ramai tidak lihat
mengapa mereka perlu untuk menyatakan kebenaran. Jadi kita maklumkan kepada
mereka poskod yang kita mahu atau kereta yang kita ada atau kita inginkan untuk
membuatkan orang lain terpegun.”
“Perjumpaan semula sekolah atau
perhimpunan rakan lama kolej boleh dipenuhi dengan banyak cerita tidak benar.
Semua perasaan mengenai sama ada anda hebat atau sesuai akan muncul semula.
Rasa tidak selamat ketika zaman kanak-kanak bermain semula di kepala apabila
mereka bertemu dan mereka sering kali menipu untuk membuatkan orang ramai
terpegun,” katanya.
Ketika perhimpunan itu
menceritakan pengalaman mereka ke luar negara juga adalah satu kegemaran di
mana 26 peratus mendakwa mereka lebih banyak mengembara berbanding keadaan
sebenar.
Satu dalam enam atau kira-kira 17
peratus mengakui bahawa mereka akan berbohong mengenai status hubungan, mungkin
bertujuan untuk bertaut semula dengan rakan lama.
Dan satu dalam 17 lelaki atau
enam peratus mengakui mereka menyertai perjumpaan semula rakan sekolah sekadar
untuk bermegah mengenai pencapaian mereka. - Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan