KUALA LUMPUR : Lembaga
Peperiksaan telah mengambil tindakan segera dalam mengatasi kesilapan pada
kertas peperiksaan ujian Aptitud Tahun Enam yang diduduki pelajar pada Khamis.
Menurut kenyataan Kementerian
Pelajaran, semua sektor penilaian dan peperiksaan Jabatan Pelajaran negeri
diarah untuk memaklumkan kepada Ketua Pengawas peperiksaan sekiranya terdapat
jawapan E bagi soalan 41 hingga 61, calon peperiksaan diarah untuk menulis
huruf E di kertas jawapan objektif.
Masalah ini timbul apabila ruang
jawapan objektif bagi soalan 41 hingga 61 yang disediakan untuk calon hanya
mempunyai abjad A,B,C dan D sahaja, sedangkanpilihan jawapan pada kertas soalan
itu adalah A,B,C,D dan E.
Kenyataan itu turut menyebut
Lembaga Peperiksaan akan memeriksa jawapan calon secara 'hand score' dan
keputusan ujian ini tidak akan menjejaskan keputusan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) dan tidak dicetak pada slip keputusan calon.
Ujian Aptitud ini bertujuan
melihat potensi diri, minat dan kecenderungan murid dan potensi yang dilaporkan
berdasarkan dua kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan
masalah serta membuat keputusan.
Minat dan kecenderungan murid
dilihat dalam bidang akademik, teknik, vokasional, seni budaya dan sosial atau
sukan, menurut kenyataan itu. BERNAMA
Harap dapat dipertingkat mutu~
BalasPadamNew: Statistik Anak Luar Nikah.