SHAH ALAM : Kelantan membuktikan kehebatan
sebagai gergasi Pantai Timur apabila mencatat kejuaraan treble musim ini
dengan merangkul Piala Malaysia 2012 setelah menewaskan Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) 3-2 di Stadium Shah Alam, malam ini.
Sebelum ini, Kelantan menjuarai
Liga Super dan Piala FA. Pencapaian Kelantan ini kali terakhir dilakukan oleh
Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.
Indra Putra Mahayuddin menjadi
wira pasukan Kelantan apabila menjaringkan gol kemenangan sekali gus memastikan
Piala Malaysia menjadi milik The Red Warriors setelah hampa pada tahun
lepas.
Kelantan, juara Piala Malaysia
2010, tiga kali mendahului ATM sebelum wisel penamat masa tambahan.
Tahun lalu, Kelantan kalah kepada
Negeri Sembilan.
Dalam perlawanan malam ini,
ATM hampir mendapatkan jaringan awal
pada babak awal perlawanan menerusi pemain pertahanannya bagaimanapun,
sepakannya tersasar.
ATM sekali lagi hampir
menjaringkan gol tetapi percubaan kaptennya, Hairuddin Omar berjaya dikekang
oleh pertahanan Kelantan.
Kelantan terus mengatur strategi
dan melakukan serangan, namun percubaan Muhammad Afiq Azmi berjaya ditepis oleh
Mohd Farizal Harun pada minit keenam.
Pada minit ke-12, Kelantan sekali
lagi hampir mendahului lawan tetapi tendangan Norshahrul Idlan Talaha sedikit
melencong ke tepi tiang gol.
Susulan serangan pasukan
Kelantan, ATM melakukan serangan balas. Kali ini tandukan Hai-0 sekali lagi
melambung tinggi pada minit ke-13.
Kelantan mula menemui rentak
permainan apabila terus melakukan serangan diketuai kaptennya, Mohd Badhri
Radzi.
Begitupun, serangan menerusi
Indra Putra dan Afiq terus gagal membolosi gawang lawan apabila berjaya didakap
oleh Farizal Harun.
Keghairahan Kelantan dalam
memburu gol pertama akhirnya tertunai apabila rembatan kencang Nor Shahrul
Idlan Talaha berjaya menewaskan Farizal Harun pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, tidak
sempat Kelantan mengatur rentak permainan, ATM terlebih dahulu menjaringkan gol
penyamaan menerusi Rezal Zambery Yahya iaitu minit ke-48.
Selang satu minit kemudian,
Kelantan memperkemaskan corak permainan dengan aksi lebih tersusun dan Mat Yo
sekali lagi menjadi wira apabila menjaringkan gol kedua.
Kegembiraan Kelantan bagaimanapun
tidak bertahan lama, apabila jaringan Marlon Alex James pada minit ke-61
berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus menggegarkan stadium dengan sorokan
penyokong ATM.
Setelah kedua-dua pasukan terikat
2-2, perlawanan diteruskan di masa tambahan selama 30 minit.
Umpama mendapat semangat dari gol
kedua, anak didik B.Sathianathan melancarkan gerakan bertali arus melalui
kombinasi pemain Hai-0, Marlon dan Aidil namun berjaya dikekang oleh pertahanan
Kelantan.
Sebaliknya, Kelantan yang
mendapat sorokan lebih 60,000 penyokong nyata menyuntik semangat dalam diri
mereka.
Pada minit kelima masa tambahan,
gerakan menarik Indra Putra akhirnya berjaya menewaskan penjaga gol ATM,
Farizal Harun sekali gus memadam impian skuad The Army untuk menjulang Piala
Malaysia buat julung kali.
Pencapaian anak buah Bojan Hodak
mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua
selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan
2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Walaupun turun tanpa penyerang
import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun
menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada
melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.
Kedudukan jaringan:
ATM (2) mln Kelantan (3)
Jaringan ATM:
Rezal Zambery Yahya minit ke-48, Marlon
Alex James minit ke-61
Jaringan Kelantan:
Norshahrul Idlan Talaha minit
ke-43 dan minit ke-49, Indra Putra minit ke-95
Barisan Pemain:
KELANTAN: Khairul Fahmi
Che Mat, Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin(Mohamed Aslam Haja Najumudden),
Nik Mohd Shahrul Azim, S. Subramaniam (MohdRizal Fahmi Abdul Rosid), Mohd
Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya, Indra PutraMahayuddin, Mohd Badhri Mohd
Radzi (kapten), Muhammad Afiq Azmi (Mafry Balang),Norshahrul Idlan Talaha.
ATM: Mohd Farizal Harun,
Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan AbdulRadzak, Mohamad Azmi Muslim
(Mohd Fitri Omar), K. Reuben (A. Varanthan), D.Christie Jayaseelan (Venice
Elphi Danny Kaya), Rezal Zambery Yahya, HairuddinOmar (kapten), Bruno Sebastian
Martelotto, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak,Marlon Alex James.
Pengadil: Nafeez Abdul
Wahab
Alhamdulillah, semua tamat. Tahniah TRW sebab menang
BalasPadamdan tahniah buat ATM kerana buat match malam tadi hebat (:
Post:
Kelantan juara rangkul Piala Malaysia 2012
Dia sudah lama jaga rasa yang selalu buat dia kecewa.