KUALA LUMPUR 5 Dis. -
Malaysia terus mencatatkan peningkatan dari segi persepsi rasuah apabila
menduduki tempat ke-54 dunia, turun enam tangga berbanding ke-60 tahun lalu.
Laporan badan bebas antarabangsa,
Transparency International hari ini menunjukkan Indeks Persepsi Rasuah
(CPI) negara naik daripada 43 mata tahun lalu kepada 49 mata bagi tahun 2012.
Kedudukan tersebut menyamai tiga
negara lain iaitu Republik Czech, Latvia dan Turki manakala di peringkat Asia
pula, Malaysia di tangga ke sembilan.
Dalam kalangan negara ASEAN pula,
Malaysia berada di kedudukan ketiga selepas Singapura (kelima) dan Brunesi
Darussalam (46).
Singapura terus kekal sebagai
negara Asia paling bersih dengan 87 mata CPI, diikuti oleh Hong Kong (77 mata)
dan Jepun (74 mata).
Maklumat lanjut mengenai laporan
CPI tersebut boleh dilayari di Transparency International . - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan