KUALA LUMPUR - Selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan anggota jemaah menteri akan meneruskan tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan sementara yang mentadbir urusan negara.
Menurut Timbalan Yang Dipertua
Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kerajaan kini diterajui oleh
kerajaan sementara.
Kerajaan sementara bermaksud
kerajaan sedia ada akan terus mentadbir negara dan semua menteri masih
menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebelum ini.
Katanya amalan yang diterima pakai
daripada sistem pentadbiran British itu telah diamalkan sejak merdeka lagi dan
ia berjaya memberi kesan positif kepada negara.
"Kerajaan sedia ada akan terus
berkhidmat. Kabinet masih mentadbir negara, yang tidak akan menjejaskan
pentadbiran negara, dari segi ekonomi dan politik.
Semua menteri masih menjalankan
tugas sebagai menteri," katanya kepada
Bernama.
Bagaimanapun, katanya, kuasa
kerajaan sementara adalah terhad apabila ia hanya melibatkan tugasan harian
sahaja tanpa melibatkan sebarang pembentukan dasar baru berikutan pembubaran Parlimen akan
membabitkan pembubaran Dewan Rakyat.
"Fungsi untuk mentadbir
negara masih sama, tetapi tidak sebagai ahli Dewan Rakyat apabila fungsi di
dalam Parlimen tidak ada lagi, dan perundangan tidak boleh dibuat,"
katanya.
Wan Junaidi berkata Ketua
Setiausaha Negara selaku ketua pelaksana dasar akan terus menjalankan tugas-tugas
sebagai pegawai tertinggi perkhidmatan awam tanpa kuasa tambahan kerana
demokrasi Parlimen hanya memberi kuasa tersebut kepada Badan Eksekutif sahaja.
Beliau berkata istilah kerajaan
sementara tidak termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi ia merupakan
kelaziman yang dilakukan di negara-negara yang mengamalkan konsep demokrasi
berparlimen.
Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan