KUALA LUMPUR, 15 Ogos - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2013 akan dikeluarkan Rabu ini.
Menurut kenyataan Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, slip keputusan akan diposkan atau
calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri, tempat calon mendaftar
peperiksaan.
Calon juga boleh membuat semakan
melalui perkhidmatan mySMS 15888 dengan menaip SPMU RESULT, nombor kad
pengenalan dan hantarkan ke 15888.
Seramai 12,520 calon menduduki
peperiksaan dan daripada jumlah itu, 7,148 calon mendaftar untuk mata pelajaran
Bahasa Melayu manakala 2,932 calon mendaftar bagi mata pelajaran Matematik dan
2,440 lagi bagi kedua-dua mata pelajaran.
Sebanyak 232 pusat peperiksaan
dibuka pada 11 dan 12 Jun di seluruh negara. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan