Rabu, 2 Mei 2012
ISU BAHASA : Arahan GLC utamakan iklan bahasa Melayu
KUALA LUMPUR 2 Mei - Kementerian Kewangan akan mengeluarkan arahan kepada syarikat milik kerajaan (GLC) supaya mengutamakan pengiklanan dalam bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris di media dan akhbar tempatan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, langkah itu penting kerana selama ini kerajaan secara jelas melaksanakan dasar penggunaan bahasa kebangsaan di semua sektor dalam negara.
Katanya, dasar tersebut tidak boleh dihentikan sekalipun para pelanggan GLC terbabit lebih selesa dengan iklan dalam bahasa Inggeris.
"Kita tidak boleh berselindung di belakang kepentingan komersial hanya kerana pelanggan lebih senang dengan bahasa Inggeris tetapi ia jelas melanggar dasar bahasa kebangsaan,’’ katanya ketika menggulung Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Negara hari ini.
Sebelum ini, Ahli Dewan Negara, Datuk Dr. Firdaus Abdullah menggesa GLC mengutamakan pembelian iklan dalam bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, sekali gus membolehkan ekonomi media berbahasa Melayu ditingkatkan.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan