KUALA LUMPUR : Laporan Program Audit Bahasa akan dibentang di
Kabinet bagi merangka tindakan susulan untuk memastikan masalah pengunaan
bahasa kebangsaan ditangani dengan lebih serius.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dr Awang
Sariyan berkata laporan tersebut akan meliputi tahap penggunaan dan mutu bahasa
kebangsaan di semua jabatan kerajaan yang akan terlibat dengan program itu
nanti.
"Penggunaan bahasa akan direkodkan tahapnya melalui
aplikasi bahasa kebangsaan di setiap aktiviti organisasi seperti dokumentasi
dan perjalanan mesyuarat.
"Bagi aspek mutu bahasa, kumpulan audit bahasa DBP akan menilai penggunaan bahasa kebangsaan yang bermutu dan sempurna dari segi ejaan, tanda baca serta penggunaan perkataan kerana dikhuatiri jika terdapat kesalahan bahasa, ia berpotensi merencatkan kelancaran pentadbiran negara khususnya," katanya kepada Bernama ketika ditemui di pejabatnya, pada Rabu.

Program Audit Bahasa yang bermula hujung tahun ini sehingga
2014 akan melibatkan badan kerajaan pada tahap pertama sebelum diperluas kepada
syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Beliau juga memaklumkan program perintis DBP itu digerakkan
atas dasar bagi memenuhi peranan akta (5) dan (6) Bahasa Kebangsaan berkaitan
perluasaan bahasa kebangsaan dalam pelbagai sektor meliputi penggunaan bahasa
yang baik dan bermutu.
"DBP juga sedar akan peranan dan kedudukan bahasa
kebangsaan seperti termaktub di dalam Perkara 152 Perlembagaan iaitu bahasa
kebangsaan sebagai wahana pentadbiran negara secara rasmi," katanya.
Ekoran sedar usaha memartabatkan bahasa kebangsaan semakin
dijauhkan daripada masyarakat, beliau berkata penjawat awam akan menjadi
sasaran utama bagi memastikan program itu mencapai matlamatnya.
"Selepas 54 tahun negara merdeka, usaha mengangkat dan martabat bahasa kebangsaan semakin pudar terutamanya di sektor kerajaan dan kakitangan awam.
"Penjawat awam dan jabatan kerajaan tidak wajar memberi alasan untuk tidak memartabatkan dan menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik kerana mereka ini adalah pendukung utama kepada segala dasar kerajaan.

Katanya program itu adalah sebahagian daripada Dasar Bahasa
Kebangsaan sama seperti dasar-dasar kerajaan yang lain.
"Saya harap kesemua jabatan kerajaan melihat program ini sebagai satu program positif dan ia tidak berniat sama sekali untuk mencari kesilapan organisasi berhubung penggunaan bahasa kebangsaan... Ini untuk penambah baik kepada bahasa kebangsan kita sendiri," katanya.

Beliau dalam masa yang sama yakin akan melihat lonjakan bagi
mengutamakan bahasa kebangsaan dengan baik dan bermutu dalam setiap urusan
kerajaan dalam masa dua hingga tiga tahun dari sekarang hasil pelaksanaan
program itu. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan