AYER KEROH – Audit Bahasa Melayu akan dilaksanakan di semua agensi dan jabatan kerajaan bermula awal tahun depan.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP), Dr Awang Sariyan berkata, sudah tiba masanya DBP melaksanakan
usaha itu untuk memastikan Bahasa Melayu terus dimartabatkan.
“Audit bahasa ini sama seperti
audit kewangan iaitu kita mahu melihat keberkesanan penggunaan bahasa dan mutu
bahasa terkawal.
“Ini adalah langkah terbaik dan
setakat melaungkan semangat mencintai bahasa kita masih tidak cukup,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada
pemberita sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dan Perhimpunan Bulanan
Kerajaan Negeri Melaka di Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
(UTeM), di sini, semalam.
Sumber : http : //www.sinarharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan