Ponteng sekolah antara gejala yang biasa berlaku dalam kalangan murid |
JIKA ANDA SEORANG IBU ATAU BAPA
Peranan terhadap anak
Ibu bapa ialah orang yang paling
rapat dengan anak-anak terutama ibu. Kasih sayang boleh mengikat hati anak-anak
di rumah. Salah laku lazimnya berlaku di luar rumah terutamanya jika jauh
daripada pengawasan ibu bapa. Ibu bapa hendaklah:
• Mengawasi pergerakan dan
aktiviti anak selepas waktu sekolah
• Menasihati anak yang mula
menampakkan kecenderungan penyelewengan
• Memberi kemudahan anak
mengikuti kegiatan kokurikulum
• Membelikan bahan bacaan yang
bermanfaat
• Mengawal kegiatan mengakses
internet
• Meluangkan masa untuk mendengar
masalah anak
• Prihatin terhadap prestasi
pembelajaran anak di sekolah
• Semua ahli keluarga ada
bersama-sama ketika makan
Peranan terhadap guru anak
anda
Ibu bapa harus memberi
kepercayaan penuh kepada guru untuk mendidik si anak. Mereka telah diberi
kemahiran untuk berbuat demikian. Sokongan hendaklah diberikan berterusan
hingga anak itu dewasa. Ibu bapa dan guru bertukar ganti mengambil alih tugas
mendidik anak. Ibu bapa juga hendaklah:
• Mengenali guru kelas anak dan
berinteraksi dengan mereka
• Akur akan tindakan disiplin
terhadap murid yang melakukan kesalahan mengikut peraturan sekolah
• Melibatkan diri dalam kegiatan
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
• Menyumbang tenaga dalam PIBG
mengikut profesionalisme
• Menghargai guru
JIKA ANDA SEORANG MURID
Peranan terhadap ibu bapa
Hormati ibu bapa. Ibu bapa telah
mendidik anda dengan penuh kasih sayang dan perhatian yang optimum, jadi balas
jasa mereka. Berbuat baiklah kepada ibu bapa. Apabila anak sibuk untuk berbakti
kepada ibu bapa, kecenderungan untuk terjebak dengan jenayah akan hilang.
Anak-anak juga hendaklah:
• Taat dan patuh kepada ibu bapa
• Bertindak pantas apabila
diarahkan ibu bapa
• Mengikuti nasihat ibu bapa
• Diwajibkan melaporkan kegiatan
harian kepada ibu bapa
• Menyenangkan hati ibu bapa
• Minta nasihat dan pendapat ayah
dan ibu
Peranan Terhadap Guru
Kenanglah jasa guru. Guru
disayangi, bukan dibenci; dihormati, bukan dikeji. Sepatah ajaran guru mungkin
telah meningkatkan kemajuan dan kecemerlangan diri kita. Kenapa mesti kita nodai
kejayaan ini dengan kegiatan salah laku yang merosakkan diri kita sendiri?
Ingatlah jasa guru. Seorang murid hendaklah:
• Menghormati guru
• Anggap guru sebagai ibu bapa
kedua
• Merujuk kepada guru dalam semua
hal
• Ikut nasihat guru
• Selalu memberi khidmat dan
membantu guru
• Buang anggapan “guru hanya
hendak menyusahkan kita” sebaliknya “guru hendak mendidik kita”
JIKA ANDA SEORANG GURU
Peranan terhadap murid
Didiklah murid secara lebih
tersusun dan terarah. Jangan terlalu menekan dari segi kecemerlangan akademik
hingga meninggalkan kecemerlangan sahsiah. Berperananlah sebagai ibu bapa kedua
kepada murid. Anda berfungsi melahirkan insan bukan robot. Guru juga hendaklah:
• Memerhati murid walaupun
selepas waktu sekolah
• Lebihkan masa dengan aktiviti
kokurikulum
• Beri tumpuan lebih di dalam
kelas terhadap murid bermasalah
• Memberi kaunseling kepada murid
yang bermasalah
• Anggap murid seperti anak
sendiri
• Libatkan murid dengan hobi yang
positif
Peranan terhadap ibu bapa murid
Jangan memandang rendah terhadap
latar belakang ibu bapa yang kurang bernasib baik. Murid dan keluarga
sedemikian harus ditangani sewajarnya. Beri motivasi dan panduan. Guru juga
hendaklah:
• Melaporkan kemajuan pelajaran
murid
• Melaporkan perkembangan sahsiah
murld
• Membantu ibu bapa yang tidak
berkemampuan mendidik anak
• Mengenali ibu bapa murid
• Fahami dan cuba cungkil kerjaya
ibu bapa
• Beri kaunseling dan pulihkan
harapan kepada ibu bapa yang telah kecewa dengan salah laku anak mereka
JIKA ANDA AHLI MASYARAKAT
Generasi muda merupakan
penyumbang kepada tenaga penggerak masyarakat dan negara pada masa akan datang.
Murid ialah komponen masyarakat yang muda dan masih mentah. Oleh sebab itu,
bimbingan dan pemantauan terhadap mereka sangat diperlukan Antaranya:
• Ambil perhatian jika melihat
perkara yang tidak betul pada anak jiran anda
• Mengadakan aktiviti
kemasyarakatan yang bermanfaat
• Mengelakkan aktiviti
kemasyarakatan yang memudaratkan
• Gerakkan aktiviti peringkat taman,
kampung, surau, dan masjid
• Wujudkan aktiviti kanak- kanak
• Rapatkan perhubungan antara
generasi muda dengan tua
• Beri bimbingan dan harapan
kepada golongan muda yang terpesong untuk berubah
HINDARI PERBUATAN SALAH LAKU
• Tingkah Laku Jenayah
• Tingkah laku Kurang Sopan /
Biadab
• Membuli
• Penyalahgunaan Dadah / Inhalan
/ Racun
• Tingkah laku Tidak Amanah
• Vandalisme
• Merokok
• Kenakalan
• Ponteng
• Tingkah laku Tidak Mementingkan
Masa
• Tingkah laku Lucah
• Kekemasan Diri
PENEKANAN PENDIDIKAN
PENCEGAHAN SALAH LAKU
Pencegahan salah laku harus
mempunyai pengisian yang mantap. Minda anak-anak yang masih kosong boleh
menerima apa-apa sahaja isme dan pengaruh yang mampu dicapai oleh mereka.
Keterbukaan dunia globalisasi membuat anak- anak mampu mencapai ilmu
pengetahuan tanpa sempadan. Kadang kala mereka tidak mampu membuat pilihan
antara yang baik dengan yang buruk.
Antara aspek pendidikan yang
perlu ditekankan ialah:
• Pendidikan agama dan aktiviti
keagamaan
• Pendidikan akhlak
• Fakta kerosakan diri akibat
daripada melakukan sesuatu jenayah
• Menanamkan rasa sivik yang
tinggi
• Pendidikan moral
Hubungi 1 800 88 4774
atau
adudisiplin@moe.gov.my
Faks 03 8888 6681
Sumber : http : //ehwalmurid.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan