Jerebu ialah keadaan partikel terampai di atmosfera seperti gas-gas, debu, habuk, dan zarah di dalam keadaan udara kering. Pada amnya fenomena jerebu juga berpunca daripada pencemaran udara.
Punca-punca
berlakunya jerebu
Di Malaysia
tahap kualiti udara ditunjukkan oleh Indeks Pencemaran Udara (IPU). Tahap
kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-400. Masalah jerebu berpunca daripada
kegiatan manusia iaitu:
Pertama melalui
pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam
sekitar seperti yang dilakukan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia akhir-akhir ini telah menyebabkan
masalah jerebu di negara kita.
Kedua,
pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti kawasan
perindustrian yang menggunkan minyak dan arang batu sebagai bahan api. Selain
itu bahan-bahan pencemar juga dilepaskan daripada proses-proses yang terdapat
di dalam industri seperti industri petrokimia dan industri kuari. Contoh
kawasan perindustrian ialah Seguntor di Sandakan dan Lembah Klang. Industri
yang berasaskan kayu juga mengundang masalah jerebu. Bahan-bahan buangan sisa industri ini
seperti habuk-habuk kayu, kulit-kulit
kayu dan serpihan-serpihan kayu biasanya dilupuskan secara dibakar. Pembakaran
akan menyebabkan karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen oksida,
hidrokarbon di samping debu, dan habuk terampai dibebaskan ke udara yang
kesemuanya boleh manambahburukkan lagi masalah pencemaran udara dan jerebu.
Selain itu, asap hasil daripada pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya
juga menyebabkan pertambahan asap-asap di kawasan sekitarnya.
Ketiga, masalah
jerebu juga berpunca daripada faktor semulajadi iaitu fenomena El-Nino. Akibat
dilanda El-Nino, suhu perairan di Lautan Pasifik meningkat secara tinggi
berikutan pergerakan angin timuran yang perlahan di tengah dan barat perairan
tersebut. Pada masa yang sama, Asia Tenggara akan mengalami musim kemarau yang
kering memudahkan kebakaran hutan
seperti yang berlaku di Sumatera dan
Kalimantan. Akibatnya, asap terlepas ke ruang udara dan terperangkap di ruang angkasa sehingga menghasilkan keadaan
yang berjerebu.
Jerebu juga
terjadi akibat letupan gunung berapi. Contohnya letupan gunung berapi Krakatoa
dalam tahun 1883 dan Gunung Agung di Bali 1963, yang telah banyak mengeluarkan
habuk dan gas-gas ke dalam udara
Kesan-kesan
jerebu
Terdapat banyak
kesan negatif akibat jerebu. Antaranya ialah, ia boleh menjejaskan kesihatan
manusia serta binatang dan boleh membantutkan tumbesaran tumbuhan. Kesan
kesihatan manusia yang paling ketara adalah terhadap sistem pernafasan dan boleh
menyebabkan penyakit asma, sakit kerongkong, neumonia dan penyakit-penyakit
yang berkaitan dengan jantung. Bagi haiwan pula,, kesihatan terganggu sekiranya
haiwan tersebut memakan tumbuh-tumbuhan yang diselaputi oleh zarah-zarah beracun.
Ternakan seperti lembu, kerbau dan kambing yang memakan tumbuhan ini akan menjadi mangsa
keracunan makanan.
Selain itu,
kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan. Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap
dan menyerakkan cahaya matahari. Pengurangan jarak penglihatan membawa masalah
besar kepada aktiviti ekonomi dan harian penduduk. Ia akan mengganggu aktiviti
perkhidmatan udara dan laut serta ketidaklancaran perjalanan darat.
Risiko
kemalangan boleh berlaku seperti kapal terbang dan papal laut atau kenderaan di
jalan raya menjadi semakin besar. Di dalam kes jerebu 1997, negeri Sarawak
merupakan negeri yang paling teruk dengan IPU mencecah angka 800. Sarawak
diisytiharkan darurat Jerebu selama hampir seminggu. Akibatnya, sebahagian
besar aktiviti ekonomi di bandar Kuching lumpuh dan semua sekolah terpaksa
ditutup. (Kes terbaharu, IPU terburuk dicatatkan di Muar Johor iaitu mencecah
angka 750)
Selain daripada
itu, jerebu juga memberi kesan kepada sektor pertanian kerana menghalang
kemasukan cahaya matahri yang cukup bagi membolehkan tumbuhan menjalankan
proses fotosíntesis. Kesannya tumbesaran tumbuhan pendebungaan, dan penghasilan
buah berkurangan.
Selimut jerebu
ini biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun selepas
fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada
hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan,
meningkatkan nilai keasidan tanah dan air sekali gus mengganggu keseimbangan
dalam ekosistem seperti ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara.
Langkah-langkah
mengatasi masalah jerebu
Antara langkah
yang boleh diambil ialah tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan
secara terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif
dengan penggunaan alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu
mengurangkan masalah jerebu. Di samping itu juga undang-undang ketat perlu
dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu yang sengaja membakar hutan
untuk tujuan pertanian.
Kedua, bahan
pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah jerebu di negara
kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbón dioksida, karbón monoksida dan
sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan
kenderaan yang menggunakan jalan raya, khususnya di kawasan-kawasan yang
terlibat seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan.
Ketiga, jerebu
boleh dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan. Hujan
adalah pembersih udara semula jadi yang terbaik. Pihak Jabatan Alam Sekitar
telah bekerjasama dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri
pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor.
Keempat, masalah
jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
untuk mengenal pasti kawasan yang bermasalah dan mengambil tindakan susulan
untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari semasa
ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau gas
yang berlebihan dapat dilakukan.
Masalah jerebu
juga boleh diselesaikan melalui persepakatan bersama antara negara jiran dan pada
peringkat global untuk menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh
dilakukan dari segi perlindungan alam sekitar secara kolektif dan kajian-kajian
saintifik digiatkan untuk menangani masalah ini.
terima kasih sebab beri pengetahuan :)
BalasPadamterima kasih :)
BalasPadamAlhamdulillah. Sungguh berguna untuk Folio PSK saya :D
BalasPadamBagus saya suka
BalasPadamTerima kasih,saya membuat karangan ini untuk projek saya
BalasPadam