KUALA LUMPUR - Seramai 12,520 calon akan menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)(Ulangan) 2013 di 232 pusat peperiksaan di seluruh negara Selasa dan Rabu ini (11 dan 12 Jun).
Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan
hari ini, daripada jumlah itu, 7,148 calon mendaftar bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu, 2,932 mata pelajaran Matematik dan 2,440 lagi bagi kedua-dua mata
pelajaran.
"Seramai 1,207 petugas peperiksaan telah dilantik bagi
memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti
dijadualkan," jelas kenyataan itu.
Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon agar merujuk
kepada Jadual Waktu Peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta
arahan dan amaran yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan
Borang Perakuan Calon Peperiksaan SPM (Ulangan) masing-masing ke pusat
peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan
lancar.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan