PUTRAJAYA 12 Jun - Status keputusan rayuan permohonan kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier bagi Program Pengajian Lepasan SPM dan setaraf boleh disemak mulai 12 tengah hari esok (Khamis) melalui laman web rasmi Kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier di http://upu.mohe.gov.my.
Calon-calon boleh membuat semakan
tawaran dan mencetak surat tawaran rasmi melalui laman web rasmi berkaitan atau
Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pendidikan mulai 14 Jun.
Dalam pada itu, Kementerian
Pendidikan memberitahu, ia tidak pernah melantik sebarang ejen atau wakil dalam
pengurusan pemilihan kes rayuan calon gagal mendapat tempat ke IPTA/Politeknik
Premier.
Sebaliknya, kata kementerian itu,
semua pengurusan pengambilan adalah diselaraskan Bahagian Pengurusan Kemasukan
Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di kementerian tersebut, mengguna pakai
dasar, prosedur serta kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh kementerian.
Keputusan rayuan adalah muktamad
dan sebarang tawaran diterima daripada IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun,
maka rayuan dianggap gagal.
Kemudahan 'hotline' dan
'Helpline' disediakan untuk membantu menjawab pertanyaan dan kemusykilan calon.
Calon boleh menghubungi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi di talian telefon 03-8870 6767 dan 03-8870 6777 untuk bantuan. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan