
Kasih sayang mengikat erat hubungan ibu bapa dan anak. Berikan anak anda sepenuh kasih sayang yang diperlukannya.
BERIKAN ANAK ANDA 
|     ·             |        bimbingan  |        -  |        secara tekun dan berterusan. Hal  ini penting sekali bagi kesuburan   pertumbuhan mentalnya.  |   
|     ·             |        masa anda  |        -  |        setiap masa yang digunakan bersamanya adalah   lebih bermakna daripada apa yang anda jangkakan.  |   
|     ·             |        peluang  |        -  |        untuk mempelajari dan mengalami hal-hal baru.   Hal  ini memperkayakan pemikirannya.  |   
|     ·             |        galakan  |        -  |        dalam bekerja dan bermain . Jangan dihadkan   percubaannya meneroka, mencontohi, mencipta dan meneroka fikiran.  |   
|     ·             |        tanggungjawab  |        -  |        bermula dengan kerja-kerja mudah. Hal ini   latihan terbaik yang meyakinkan bahawa dia berguna.  |   
|     ·             |        hak mempunyai watak berbeza  |        -  |        kerana setiap anak adalah unik. Jangan   bandingkan dia dengan adik-beradiknya atau dengan orang lain.  |   
|     ·             |        pujian  |        -  |        atas segala pencapaiannya. Lebih-lebih lagi   kerana usahanya mencuba, walaupun dia kandas atau gagal.  |   
|     ·             |        akal- budi bicara anda  |        -  |        timbangkan umur dan tabiat - perangainya   apabila anda tidak menyetujuinya. Anda boleh singkirkan kelakuannya tetapi   jangan sekali-kali kutuk anak anda.  |   
|     ·             |        keyakinan ketenteraman  |        -  |        sentiasa. Jangan menjauhkan  diri daripadanya atau mengugut menarik balik   kasih sayang anda atau mengancam menyerahkannya kepada orang lain.  |   
|     ·             |        segala yang diperlukannya  |        -  |        tanpa mengharapkan balasan. Bukan kehendaknya   untuk dilahirkan tetapi adalah kehendak anda. Oleh itu asuhilah dia   menghormati orang tua dan taat kepada ibu bapa.  |   
SEBANYAK MANA KASIH SAYANG YANG ANDA BERIKAN, BANYAK ITULAH  JUGA KASIH SAYANG YANG AKAN ANDA TERIMA DAN PEROLEH!
Sumber : Kasmini Kassim, buku Memahami Jiwa kanak-kanak 2, Kafarina Holdings Sdn Bhd, 1993.