Pascakemerdekaan negara Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia begitu dikagumi oleh masyarakat antarabangsa kerana siapa sangka, negara cili padi ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Jika kita menelusuri liku-liku sejarah, pasti kita dapat menemui catatan tentang kegiatan pertanian yang dijalankan pada zaman nenek moyang kita. Industri pertanian bagaikan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana mampu bertahan untuk berabad- abad lamanya. Walaupun begitu, untuk memajukan lagi industri ini, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian negara kita?Sabtu, 2 Mei 2009
Karangan Perbincangan : Peranan Pelbagai Pihak Dalam Memajukan Industri Pertanian Negara
Pascakemerdekaan negara Malaysia menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang rancak. Kemajuan yang dicapai oleh Malaysia begitu dikagumi oleh masyarakat antarabangsa kerana siapa sangka, negara cili padi ini mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju. Jika kita menelusuri liku-liku sejarah, pasti kita dapat menemui catatan tentang kegiatan pertanian yang dijalankan pada zaman nenek moyang kita. Industri pertanian bagaikan tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana mampu bertahan untuk berabad- abad lamanya. Walaupun begitu, untuk memajukan lagi industri ini, pelbagai pihak perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Persoalannya, apakah peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian negara kita?KARANGAN SYARAHAN SPM : MEMUPUK MINAT MEMBACA DALAM KALANGAN MASYARAKAT
-->
Keputusan Ke Tingkatan Enam Diketahui Selasa Ini
Kementerian Pelajaran dalam kenyatannya berkata, pelajar boleh menyemak keputusan itu dengan melayari laman web di http:www.moe.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip T6,jarak ,KP,jarak, Nombor Kad Pengenalan atau T6, jarak, AG, jarak, Nombor Angka Giliran dan dihantar ke talian 33778.
Bagi pelajar yang gagal mendapatkan tempat ke Tingkatan Enam, mereka boleh membuat rayuan dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun daripada laman web tersebut dan menghantarnya kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) di tempat mereka selewat-lewatnya sebelum atau pada 6 Jun depan.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada pelajar melalui pos oleh JPN.
Tarikh pendaftaran pelajar Tingkatan Enam bermula 12 Mei 2009.
Sumber : http: www.moe.gov.my/
PRINSIP-PRINSIP KEJAYAAN
Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanisme’ menulis tentang Nabi s.a.w :
“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan cara gaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”
Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah dan berkata:
“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh sebab kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”
Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibir baginda memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan, bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat.
Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusan baginda adalah ke arah yang bermatlamat. Baginda mengelakkan diri baginda daripada setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti sifat benci, dengki, bongkak, tamak, dan sebagainya.
Setiap tindak-tanduk baginda adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.
Daripada mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memperoleh prinsip-prinsip kejayaan baginda.
Prinsip pertama:
Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:
“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih antara dua pilihan, baginda akan memilih pilihan yang lebih mudah” (Bukhari)
Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.
Prinsip Kedua:
Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:
“Seiring dengan kesusahan adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).
Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekali gus bersama-samanya.
Prinsip ketiga:
Bertindak dengan berubah tempat bermastautin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk perkembangan agama Islam.
Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.
Prinsip keempat:
Jadikan seorang kawan daripada seorang musuh: Agama Islam sering mendapat tentangan hebat daripada masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu, Al-Quran menganjurkan berlaku baik terhadap mereka yang melakukan kejahatan. Kemudian Al-Quran mewartakan:
'Kamu akan menyaksikan lawanmu menjadi kawanmu'. (41:34).
Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.
Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hindun, isteri Abu Suffian, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hindun.
Prinsip kelima:
Pendidikan adalah tonggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya daripada pihak musuh.
Prinsip keenam:
Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mu’tah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sedikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , sesetengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,
“Tidak! Mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.
Ketika itu sesetengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan ini sebagai sama ada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan pihak musuh.
Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas baginda dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.
Prinsip ketujuh:
Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaibiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran ideologinya yang tiada tolok bandingannya.
Prinsip kelapan:
Bijaksana(hikmah) dalam pelaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia, Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Bukti sejarah ini jelas menunjukkan bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.
Prinsip kesembilan:
Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaibiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan daripada Muhammad utusan daripada Allah s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubahsuai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.
Ini hanyalah sebilangan kecil daripada prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan baginda.
' Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)' (Quran 33:21)
Sumber :http://home.hamidarshat.com/
Jumaat, 1 Mei 2009
MENYELAMI MAKSUD YANG TERSIRAT (Siri 11)
MEMBETULKAN YANG BIASA (SIRI 3)
Oleh Muhammed Salehudin Aman
(Sumber:http://www.tutor.com.my/)
BAHASAKU BAHASAMU
Kau gunakanku semasa berbicara
Kau gunakanku semasa bersuara
Engkau dan aku sebenarnya sama
Satu wadah, satu arah, satu matlamat
Sayangnya… aku selalu dicemari
Oleh mereka yang tidak mengerti
Aku digunakan sewenang hati, melanggar hukum dan tata
Sering kali melatah, acap kali terkesima
Apatah lagi apabila penggunaku berpaksi ke Barat
Lintang-pukang bahasaku bahasamu mendarat
Akhirnya, nada tersekat-sekat
Tapi…aku masih gah
Aku terima semua demi kebaikan
Agar bahasaku bahasamu tidak pupus ditelan zaman
Cuma…
Aku bimbang…
Bila kaumeluncur laju berbicara
Semakin berani berbahasa suka-suka
Kerana lidahmu tidak bertulang, suaramu makin lantang
Aku pula yang mungkin tumbang
Bukan kerana hilang nada tetapi hilang keasliannya
Bila jati diri tidak dikenali, dapatkah bahasamu, bahasaku terus berdiri?
Dapatkah bahasa Melayu terus berfungsi sebagai alat berkomunikasi?
…atau sekadar milik peribadi?
Wahai bahasaku bahasamu
Bukalah hati mindamu
Lihatlah betapa indahnya bahasa Melayu
Marilah kita melestari bahasa
Tonjolkanlah martabatnya
Supaya kekal kewujudannya
Itu satu tanggungjawab
Itu satu kewajipan
Biarlah bahasa kita berwibawa
Jangan sekali-kali menjadi alpa
Selamat bangsaku
Selamat bahasa Melayu!
Nukilan : Rozanah Haji Kasnan
(Sumber:http://www.rubiyah.net/)
