
Sabtu, 7 Mei 2011
ISU SOSIAL : Mengekang jenayah dan rasuah

Oleh Mior Kamarul Shahid
Khamis, 5 Mei 2011
ISU KESIHATAN : Obesiti: Di manakah peranan ibu bapa?

NORKUMALA AWANG
Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
KANAK-KANAK montel, mungkin dianggap comel tetapi pernahkah kita terfikir jika kemontelan itu berterusan sehingga dewasa? Ditambah pula dengan penyakit tidak berjangkit pada masa kini tidak mengenal usia dan jantina.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang membentuk dan menyediakan generasi yang gemuk dan berpenyakit pada masa akan datang.
Kanak-kanak obes kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat kita tetapi senario ini tidak dipandang sebagai satu masalah kesihatan awam.
Hakikatnya, masyarakat kita telah pun menyedari tentang peri penting menjaga kesihatan tetapi kadangkala sikap dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat diamalkan secara tradisi menjadi ikutan.
Lantas, ia menjadi satu kelaziman dan akhirnya pelbagai masalah yang menyusup masuk dalam kehidupan mengundang bala yang tidak disedari. Lihat saja, berapa ramai antara kita yang sihat, tiba-tiba meninggal dunia akibat penyakit pembunuh secara senyap?
Berapa ramai pula sekarang anak-anak telah pun mengidap penyakit diabetes sejak kecil dan paling malang lagi di bangku sekolah telah mengambil suntikan insulin sebagai rawatan diabetes?
Secara asasnya, pendidikan pemakanan dibentuk oleh kedua ibu bapa, keluarga atau orang yang menjaga anak-anak sejak darkecil. Segala aspek bermula daripada pemilihan makanan, tabiat, cara makan dan jenis makanan adalah dicedok daripada apa yang diberikan oleh ibu bapa.
Kemudian barulah faktor-faktor luaran yang memainkan peranan dalam membentuk tabiat pemakanan anak-anak. Jika di sekolah, mereka mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan dan juga persekitaran yang mereka lalui. Tetapi di rumah, ahli keluarga dan persekitaran rumah adalah penting dalam mencorak pola pemakanan.
Pada umur awal tumbesaran, masalah pemakanan menjadi agenda utama dalam perkembangan mereka. Ini kerana sesetengah kanak-kanak mungkin menjadi kurang berselera dan ada yang mempunyai selera yang berlebihan terhadap sesuatu makanan.
Mungkin disebabkan faktor ini, ibu bapa memanjakan anak-anak dengan memberi segala jenis makanan dengan harapan agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan.
Walaupun faktor genetik atau keturunan tidak dapat dinafikan menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak namun punca luaran atau persekitaran tidak boleh dipandang sepi. Kanak-kanak cenderung menjadi obes apabila ibu bapa mereka juga obes. Walaupun berlaku ketidakseimbangan genetik menyebabkan individu makan secara berlebihan namun faktor ini tidak dapat diuruskan dalam kita menangani obesiti kanak-kanak.
Namun, kita boleh melihat corak pemakanan anak-anak juga dicontohi daripada ibu bapa. Ibu bapa yang tidak mempunyai amalan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan anak-anak mengikut acuan tersebut.
Dalam pada masa sama, kita tidak boleh menyalahkan lambakan satu-satu makanan yang menyebabkan anak-anak kecil menjadi obes. Budaya semasa masyarakat yang gemarkan makanan berkalori tinggi contohnya nasi lemak, roti canai, teh tarik dan makanan segera lain juga menyumbang kepada masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.
Namun begitu, ia tidak menjadi satu-satunya punca kepada permasalahan ini berlaku. Oleh itu, amatlah tidak wajar jika trend ini dipersalahkan sedangkan pokok pangkal penyebabnya tidak diperbetulkan. Contohnya, jika makanan seperti nasi lemak mudah didapati tetapi pengambilannya tidak dikawal, maka ia juga boleh menyumbang kepada masalah obesiti disebabkan kekerapan pengambilannya.
Dalam hal sebegini, kesibukan ibu bapa menyebabkan pemilihan makanan yang berkhasiat agak terhad. Ibu bapa yang sibuk cenderung memilih makanan segera sebagai hidangan untuk keluarga disebabkan kekangan masa. Akhirnya ia menjadi satu budaya dalam sesebuah keluarga.
Jika di sekolah, anak-anak di luar pengaruh dan kawalan ibu bapa, maka rakan sebaya dan persekitaran menjadi contoh utama dalam memilih sesuatu makanan. Di sekolah, pemilihan makanan yang berkhasiat juga terhad malah kebanyakan makanan yang disediakan tidak cukup seimbang, berkalori tinggi, tinggi gula, garam dan kolesterol. Kewujudan dan mudahnya membeli snek dan minuman manis melalui "vendor machine" di sekolah juga menyebabkan anak-anak cenderung mengambil gula secara berlebihan. Apatah lagi, jika pembekal makanan di sekolah lebih suka menjual makanan rapuh atau "junk food" yang menjadi kesukaan kanak-kanak.
Pengambilan kalori yang tinggi, gula dan garam berlebihan akan menyumbang kepada masalah obesiti kanak-kanak.
Kanak-kanak yang obes akan cenderung menjadi obes apabila dewasa kelak ataupun mengalami berat badan berlebihan sepanjang hayat mereka jika tidak dirawat dan dipantau. Di samping pelan pemakanan yang sihat, anak-anak juga perlu diterapkan latihan fizikal yang mantap.
Ibu bapa yang memiliki anak-anak obes perlu tahu bahawa mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul adalah satu perkara sukar. Bukan setakat diterapkan kepada anak-anak malah perlu dilakukan bermula daripada diri sendiri.
Barulah ia mempunyai sinergi yang cukup kuat dalam menyediakan kanak-kanak yang sihat dan generasi tidak obes.
Kesimpulannya, kita perlu mencegah penyakit yang bakal timbul akibat kegemukan generasi masa kini dengan menerapkan amalan pemakanan sihat.
Sejajar dengan saranan dalam surah Isra' ayat 7 yang bermaksud "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga..."
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
ISU SOSIAL : Air dalam konteks kehidupan, pembangunan modal insan

Oleh Dr Zaini Ujang
zaini@utm.my
ISU PENDIDIKAN : Tubuh kelab pencegahan jenayah di sekolah

SEJAK kebelakangan ini, masyarakat didedahkan dengan pelbagai perbuatan jenayah dan salah laku pelajar. Perlakuan jenayah pelajar berbentuk perbuatan mencuri, merosakkan harta benda sekolah, bergaduh, membuli, mencederakan murid lain, memeras ugut wang malah ada yang berani hingga mengancam para guru.
Penglibatan murid sekolah dalam kegiatan salah laku disiplin merupakan perbuatan yang perlu dilihat secara serius oleh semua pihak khususnya pengurusan sekolah. Gejala tersebut boleh memberikan impak yang negatif terhadap pengurusan sekolah sekiranya tidak ditangani secara segera dan berkesan di peringkat awal.
Menurut Polis Bukit Aman pada tahun 2010 jumlah pelajar yang terlibat dalam jenayah adalah sebanyak 1,610 iaitu 0.9 peratus daripada jumlah indeks jenayah yang dicatatkan di negara ini.
Statistik salah laku disiplin murid yang direkodkan oleh Kementerian Pelajaran dalam tempoh tiga tahun (2008 hingga 2010) pula menunjukkan ia berada pada kadar purata 2.06 peratus.
Kes-kes disiplin yang disebutkan termasuklah kes-kes yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng sekolah serta kes-kes disiplin yang ringan seperti kekemasan diri. Ini menunjukkan lebih daripada 97 peratus murid sebenarnya tidak terlibat dengan masalah tersebut. Bermakna sekitar 2 hingga 3 peratus bilangan murid yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya.
Dalam tempoh 2010, seramai 111,484 (2.06 peratus) murid telah terlibat dalam salah laku disiplin. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 72,557 (65.08 peratus) adalah murid sekolah menengah dan sebanyak 38,927 (34.92 peratus) adalah murid sekolah rendah.
Dalam tempoh tersebut, didapati jumlah murid rendah yang terlibat dengan kes ponteng sekolah adalah sebanyak 8,313 (0.15 peratus) berbanding murid menengah sebanyak 11,232 (0.21 peratus). Manakala bagi kategori tidak pentingkan masa dan kurang sopan didapati ramai melibatkan murid menengah.
Isu ponteng sekolah masih merupakan isu utama yang perlu diberi perhatian kerana masalah itu boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala negatif yang lain seperti dadah, gengsterisme, minum arak, seks bebas, buli, perjudian atau lain-lain.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kemunculan gejala negatif semakin serius melanda golongan pelajar. Faktor pertama keruntuhan institusi kekeluargaan untuk memainkan peranannya sebagai institusi pembentukan insan yang positif dan produktif.
Faktor kedua ialah kemerosotan moral dan akhlak yang berleluasa akibat arus pembangunan negara dan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Faktor ketiga ialah masalah tekanan ekonomi dan sosiobudaya yang mengakibatkan krisis dalam keluarga yang mempengaruhi remaja sekolah. Akhirnya ialah pengaruh negatif rakan sebaya.
Memandangkan kes-kes salah laku dan kadar jenayah dalam kalangan remaja kini meningkat, penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah-sekolah difikirkan perlu bagi memberi kesedaran pencegahan jenayah pada peringkat awal dalam kalangan pelajar sekolah.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
ISU EKONOMI : Malaysia tersenarai 7 negara realisasi Alaf Asia

Rabu, 4 Mei 2011
ISU BAHASA : UKM Tubuh Penabayu Martabat Bahasa Melayu

Oleh SUSAN ALBERT KASSIM
BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dengan mewujudkan sebuah jawatankuasa Penataran Bahasa Melayu (Penabayu).
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, jawatankuasa itu bertanggungjawab menyelaras aktiviti terjemahan karya-karya besar dunia ke dalam bahasa Melayu selain menjalankan kajian berterusan mengenai pendaulatan bahasa itu.
"UKM tidak pernah tergelincir daripada mendukung misi ini kerana sedar perjuangan Bahasa Melayu terus gagah berasaskan tiga landasan utama," katanya ketika menyampaikan syarahan utama bertajuk Memartabatkan Ekosistem Kegemilangan Ilmu di sini pada Selasa.
Menurut Mohamed Khaled, tiga landasan utama itu merangkumi ilmu global tidak relevan selagi tidak ditafsir, diadun dan dimanfaatkan dalam konteks tempatan, penghormatan dunia kepada kepelbagaian bahasa dan peradaban dunia tidak akan berkembang jika hanya didominasi satu bahasa.
Justeru, bahasa kebangsaan itu tetap memainkan peranan besar kerana ia turut digunakan sebagai bahasa istana, adat istiadat, perdagangan, bahasa ilmu dan pembentukan jati diri.
"Namun, penggunaan bahasa Melayu juga tidak sesekali menafikan kepentingan bahasa dunia lain untuk diperkukuhkan di kalangan warga universiti," ujarnya.
Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, UKM turut berusaha mengantarabangsakan bahasa berkenaan dengan menghasilkan buku panduan penggunaan tatabahasa yang baik dan tepat menerusi projek Kod Amalan Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa (KAMPA).
Jelas beliau, buku panduan itu dihasilkan untuk menjadi rujukan masyarakat antarabangsa.
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
ISU PENGAJIAN TINGGI : Penyelidik Tempatan Diiktiraf

Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
LANGKAH kerajaan memberi penumpuan dan galakan penuh terhadap penyelidikan dan pembangunan inovasi di institusi pendidikan tinggi (IPT) membuktikan bidang itu mempunyai masa depan cerah untuk dikomersialkan.
Penyelidikan dan inovasi mempunyai impak besar mempengaruhi perjalanan serta perubahan kehidupan sejagat.
Malangnya masih ada mempertikaikan kemampuan hasil penyelidikan dan inovasi tempatan kononnya tidak setandingan dengan penyelidikan di luar negara.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Profesor Dr Noraini Idris, berkata sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan hasil penyelidikan dan inovasi luar, perasaan tidak yakin terhadap penemuan anak tempatan serta kurangnya maklumat dan publisiti antara punca wujudnya pandangan skeptikal itu.