
Sabtu, 12 Mac 2011
ISU KENEGARAAN : Membina generasi transformasi

Oleh Mior Kamarul Shahid
ISU BAHASA : Najib dan perjuangan bahasa

PARA pejuang bahasa dan orang Melayu di Malaysia seharusnya mendengar dengan penuh lapang dada ucapan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada malam kemuncak Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri di Putrajaya pada Jumaat lalu.
Ucapan itu akan memberikan mereka suatu perasaan dan gambaran betapa sayangnya pucuk pimpinan negara kepada bahasa Melayu. Mereka akan tahu bahawa bahasa Melayu bukan sahaja selamat, malah masa depannya akan diperkasakan oleh Najib dan kerajaan.
Pertandingan Pidato Antarabangsa itu yang pada tahun ini disertai 59 peserta dari 56 buah negara dari seluruh dunia adalah manifestasi iltizam Najib untuk memastikan bahasa Melayu terus menjadi bahasa dunia. Beliau bertanggungjawab memulakan pertandingan itu lima tahun lalu ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri lagi.
Dalam ucapan Jumaat lalu, Najib mengakui bahasa Melayu tidak terlepas daripada pelbagai cabaran dan hambatan dan beliau bertekad “akan memastikan dasar-dasar yang digubal sentiasa menyokong ke arah usaha mengembang dan memperkasa bahasa Melayu, sama ada bersifat kenegaraan mahupun keantarabangsaan.”
Di seluruh dunia, terdapat lebih 6,000 bahasa yang masih diguna pakai, tetapi hanya 20 bahasa yang diberikan taraf bahasa rasmi. Menurut Perdana Menteri, bahasa Melayu adalah salah sebuah daripada 20 bahasa itu dengan jumlah penuturnya lebih kurang 300 juta orang. Bahasa Melayu ialah bahasa kelima terbesar di dunia dari segi jumlah penuturnya.
Selepas Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2011 berakhir, Malaysia akan mempunyai berpuluh-puluh orang sahabat muda dari 56 buah negara. Esok, mereka akan berada di Trolak, Sungkai, Perak untuk menyertai program inap desa dengan keluarga peneroka Felda sebelum pulang ke negara masing-masing.
Usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu serta mempromosikan budaya, pelancongan dan keharmonian Malaysia pasti akan mendapat lonjakan besar daripada pertandingan pidato bahasa Melayu itu dan program-program sampingan yang dijalankan. Melaluinya, bahasa Melayu tidak mungkin mati, sebaliknya terus hidup, disegar dan disemarakkan.
Pengajaran daripada pertandingan itu pula amat banyak khususnya kepada penutur asli bahasa Melayu. Jika anda berpeluang mendengar pidato juara antarabangsa pertandingan itu pada tahun ini, Halil Ibrahim dari Turki yang begitu pandai bermain kata ketika mengusik Najib dalam pidatonya, anda pasti akan terpesona. Tidak ramai dalam kalangan kita yang selancar Halil kalau diminta berpidato.
Kerana itulah, Najib mengingatkan bahawa kepetahan anak-anak muda dari negara luar menggunakan bahasa Melayu dengan gaya dan susun kata yang begitu indah “sebenarnya memberikan sindiran tajam kepada ramai antara kita yang lebih cenderung menggunakan bahasa rojak dan bahasa pasar dalam percakapan harian, sering kali pula sarat dengan campuran bahasa dalam urusan penulisan rasmi.”
Bahasa Melayu adalah bahasa kita tetapi kita mungkin tewas berpidato dengan anak muda Turki itu atau sahabat-sahabatnya dari Rusia, China, Korea Selatan, hatta dari Nigeria dan Sudan, jika kita tidak sayangkan bahasa sendiri dan tidak bersama-sama memperkasakannya.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Jumaat, 11 Mac 2011
Carlos Slim paling kaya di dunia

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes kelmarin.
Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).
Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).
Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).
Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.
Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.
Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China
Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di tempat ke-52 dengan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$13.5 bilion (RM40.9 bilion).
Sementara itu, seramai sembilan bilionair dari Malaysia turut berada dalam senarai Forbes kali ini diketuai oleh raja gula, Robert Kuok, 87, dengan kekayaan AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion).
Jumlah itu menyaksikan beliau berada pada kedudukan ke-61 sekali gus mengatasi pengasas Apple, Steve Jobs yang memiliki aset AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion) untuk menduduki tempat ke-110 senarai yang sama.
Taikun telekomunikasi tempatan, Ananda Krishnan, menduduki tempat ke-93 senarai Forbes dengan kekayaan AS$9.5 bilion (RM28.8 bilion) manakala bilionair sektor perladangan, Lee Shin Cheng yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM15.1 bilion) berada di tempat ke-208.
Lain-lain bilionair Malaysia yang menduduki senarai Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chen menduduki senarai ke-219 dengan kekayaan AS$4.8 (RM14.5 bilion).
Bilionair Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow menduduki tempat ke-229 dengan kekayaan AS$4.7 bilion (RM14.2 bilion).
Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga berada di tempat ke-420 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) manakala Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tempat ke-459 dengan kekayaan AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion).
Bilionair Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan menduduki tempat ke-993 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion). – Agensi.
ISU ANTARABANGSA : Gempa Bumi di Jepun Ibarat Tragedi Hiroshima Kedua

ISU ANTARABANGSA : Jepun ranap

ISU BAHASA : ASAL-USUL BAHASA MELAYU

Asal-usul perkataan Melayu masih belum dapat disahkan oleh sejarawan.
Bagaimanapun terdapat beberapa bukti sejarah yang cuba mengaitkan asal-usul bahasa Melayu, seperti mana berikut:
1. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi.
Dikatakan orang Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi kepada raja China.
2. Ada yang mempercayai kerajaan Mo-lo-yeu berpusat di daerah Jambi, Sumatera , daripada sebatang sungai yang deras alirannya, iitu Sungai Melayu.
3. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi.
4. Dalam bahasa Jawa Kuno, perkataan “Mlayu” bermaksud berlari atau mengembara. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dipercayai berasal daripada golongan Austronesia di Yunan.
Kumpulan pertama dikenali sebagai Melayu Proto.
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Batu Baru (2500 Sebelum Masihi)
Keturunannya Orang Asli di Semenanjung Malaysia, Dayak di Sarawak dan Batak di Sumatera.
Kumpulan kedua dikenali sebagai Melayu Deutro
Berpindah ke Asia Tenggara pada Zaman Logam kira-kira 1500 Sebelum Masihi.
Keturunannya orang Melayu di Malaysia
Dikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.
Bijak dalam bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.
Bilangan lebih banyak daripada Melayu Proto.
Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.
Orang ini, kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia.
Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini.
Nik Safiah Karim menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China (rujuk carta alir di atas).
Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa-bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut
Perkembangan Bahasa Melayu
Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:
Bahasa Melayu Kuno
Merupakan keluarga bahasa Nusantara
Kegemilangannya dari abad ke-7 hingga abad ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya, sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran.
Penuturnya di Semenanjung, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Ia menjadi lingua franca dan sebagai bahasa pentadbiran kerana:
Banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit kemudian dikenal pasti menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuaan (kesarjanaan) Bahasa Melayu.
Bahasa Melayu mudah dipengaruhi Sanskrit kerana:
Bahasa Melayu kuno pada batu-batu bersurat abad ke-7 yang ditulis dengan huruf Pallawa:
Bahasa Melayu kuno pada batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M) ditulis dalam huruf Nagiri.
Ciri-ciri bahasa Melayu kuno:
ISU BAHASA : Peserta Turki juara pidato PABM 2011

PUTRAJAYA 11 Mac – Peserta Turki, Halil Ibrahim dinobatkan sebagai juara Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2011 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.
Peserta dari Malaysia, Amirrudin Abd. Rahman pula muncul juara kategori nusantara pada pertandingan peringkat akhir yang melibatkan lapan peserta.
Kedua-dua johan pertandingan peringkat akhir itu membawa pulang hadiah wang tunai RM15,200; piala pusingan; piala iringan; hadiah dan sijil.
Naib johan kategori antarabangsa dimenangi oleh Daria Kamyshnikova dari Rusia manakala tempat ketiga menjadi milik peserta Australia, Genevieve Woods.
Bagi kategori nusantara, peserta Brunei, Awang Abdul Rashid Awang Damit memenangi tempat kedua manakala tempat ketiga jatuh ke tangan Muhammad Izwan Othman dari Singapura.
Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM9,120 dan RM6,080 beserta piala iringan, hadiah dan sijil untuk tempat kedua dan ketiga bagi setiap kategori.
Halil ketika ditemui berkata, dia langsung tidak menduga untuk bergelar juara kerana semua peserta peringkat akhir memberikan saingan yang hebat kepadanya.
“Saya datang jauh dari Turki, saya amat berterima kasih kepada semua pihak terutama tenaga pengajar yang memberi tunjuk ajar selama ini.
“Tidak lupa juga kepada rakan-rakan peserta yang sama-sama berusaha untuk pertandingan kali ini,” katanya.
Sementara itu, Amirrudin menyifatkan kemenangannya itu di luar jangkaan kerana para pesaing lain menunjukkan persembahan hebat untuk menarik perhatian juri.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/