Jumaat, 8 Mei 2009

ADAB MURID TERHADAP GURUNYA

Di dalam Islam kedudukan guru adalah amat tinggi. Guru merupakan pembimbing dan penasihat umat. Jika tiada guru maka manusia akan turun martabatnya menjadi haiwan lantaran tidak ada pengajaran dan bimbingan. Oleh sebab itu Islam sangat mengambil berat tentang guru. Sesiapa yang memuliakan guru bererti memuliakan Rasul, sesiapa yang memuliakan Rasul bererti memuliakan Allah dan sesiapa yang memuliakan Allah, syurgalah tempat kediamannya. Sebaliknya jika seseorang menderhakai guru bererti ia menderhakai Rasul. Barang siapa yang menderhakai Rasul bererti ia dimurkai Allah. Sesiapa yang dimurkai Allah maka nerakalah tempatnya. Oleh sebab itu seorang murid mestilah memelihara adab-adab ketika bersama-sama dengan guru. Antara lain adab tersebut adalah seperti berikut:

1. Memberi salam dan sentiasa hormat akan guru.
2. Duduk dengan sopan dan sentiasa dalam keadaan tenang.
3. Jika ingin bertanya, meminta izin terlebih dahulu.
4. Mencari masa yang sesuai untuk bertanya.
5. Sentiasa menampakkan sikap menerima pendapat guru.
6. Menghindarkan diri daripada menyinggung perasaan guru.
7. Memberikan bantuan kepada guru apa-apa yang dapat dibantu.
8. Melakukan apa-apa yang paling disenangi oleh guru.
9. Menggunakan bahasa yang baik sewaktu berinteraksi dengan guru.
10. Tidak meninggikan suara ketika bercakap dengan guru

2 ulasan:

  1. Alhamdullillah jikalau murid dapat memberikan semua yang dijelaskan tadi. Realiti kehidupan sekarang pula sbaliknya berlaku. Murid lari bila cikgu minta tolong, bukan murid memberi salam bila bertemu/berselisih malah disenggol pula.

    BalasPadam
  2. Saya bersetuju dengan pandangan saudara. Walau bagaimanapun, sebagai guru kita memikul amanah yang berat untuk membentuk murid-murid yang bukan hanya cemerlang akademiknya, tetapi juga cemerlang sahsiahnya.

    BalasPadam