Apakah itu vandalisme?
- Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang sah di sisi undang-undang.
- Vandalisme mengakibatkan pihak awam dan swasta mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan kos untuk membaiki dan menggantikan barang-barang yang rosak.
- Vandalisme boleh dilakukan secara sendirian atau berkumpulan.
Mengapa vandalisme terjadi ?
Sebab-sebabnya adalah:
- Untuk mendapatkan sesuatu, contohnya duit dari telefon awam
- Untuk masuk ke sesuatu tempat, contohnya memecah masuk ke dalam rumah
- Untuk menyatakan sesuatu idea dan kepercayaan
- Untuk membalas dendam
- Untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seseorang atau sesebuah organisasi
- Untuk keseronokan dan kepuasan diri
- Untuk diterima sebagai kawan dan ahli kumpulan
Mengapa remaja terlibat dalam geng ( kumpulan vandalisme)?
Remaja terlibat dalam geng (kumpulan vandalisme) kerana pelbagai sebab seperti:
Remaja terlibat dalam geng (kumpulan vandalisme) kerana pelbagai sebab seperti:
- Keseronokan
- Rasa megah / status
- Perlindungan
- Peluang untuk mencari wang dan sumber pendapatan
- Rasa diterima oleh ahli kumpulan (sense of belonging)
- Dipaksa (jarang berlaku)
Apakah ciri-ciri lain yang boleh dikaitkan dengan vandalisme?
- Remaja yang terlibat dengan vandalisme biasanya menghadapi masalah peribadi sejak kecil dan tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.
- Masalah peribadi yang tidak dirawat boleh mengakibatkan tingkah laku anti sosial
- Masalah-masalah ini mungkin melibatkan aspek emosi, mental, sosial dan fizikal.
- Contoh-contoh masalah yang boleh menjuruskan kepada kelakuan vandalisme adalah :
- Ponteng kelas atau sekolah
- Melepak di kawasan awam semasa atau di luar waktu sekolah
- Lewat bangun pagi dan pulang lewat malam
- Kemahiran sosial yang lemah
- Mencari perhatian dengan cara yang negatif
- Jarang berhubung dengan ahli keluarga atau rakan-rakan
- Tekanan perasaan dan masalah mental yang lain
- Masalah keluarga
- Masalah dalam persahabatan
- Masalah di sekolah
- Masalah dengan pihak berkuasa dan undang-undang
- Penyalahgunaan dadah
Apakah akibat buruk menjadi seorang remaja yang terlibat dalam vandalisme?
- Remaja yang aktif melakukan vandalisme akan mudah menjadi penjenayah apabila dewasa kelak, dan mungkin juga akan terlibat dalam keganasan.
- Remaja yang melakukan vandalisme biasanya terlibat dalam lain-lain salahlaku seperti gangguan seksual, pencerobohan, kecurian dan pencemaran alam persekitaran (contohnya pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sesuai).
- Remaja yang melakukan vandalisme selalunya menghadapi masalah dengan pihak sekolah.
- Remaja yang melakukan vandalisme selalunya mendapat laporan buruk dari pihak sekolah, keadaan ini boleh mengurangkan peluang untuk mereka berjaya dalam hidup.
- Ini akan menimbulkan lebih banyak masalah ketika mereka sudah dewasa kerana ianya menjuruskan mereka kepada aktiviti jenayah mereka akan menjalani kehidupan yang kurang sihat.
- Vandalisme akan mengakibatkan kerugian besar dan menyusahkan masyarakat terutamanya apabila kemudahan awam (contohnya telefon awam) tidak dapat digunakan di waktu kecemasan.
- Vandalisme terhadap harta benda dan perkhidmatan awam mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa pada waktu kecemasan yang kritikal
- Gangguan fizikal dan emosi boleh membawa kepada masalah peribadi dan sosial seperti tekanan, tingkahlaku agresif serta putus hubungan persahabatan.
Bagaimanakah seseorang itu boleh mengelakkan diri dari terlibat dalam Vandalisme?
- Memahami bahawa vandalisme adalah satu kesalahan jenayah.
- Tanya diri anda :
- Bagaimanakah kemusnahan harta benda boleh membantu saya?
- Apakah kesannya pada saya setelah merosakkan harta benda ini?
- Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mendapatkan bantuan?
- Siapa yang boleh membantu saya?
- Mengawal kemarahan yang mendorong anda untuk melakukan vandalisme.
- Memupuk kemahiran menyelesaikan masalah secara sihat dan wajar.
- Mencari cara yang terbaik dan sesuai dalam menyelesaikan masalah untuk mengelakkan vandalisme.
- Meminta pertolongan dari orang lain ketika menghadapi masalah
- Sentiasa libatkan diri dalam aktiviti sihat dan aktiviti kurang berisiko seperti senaman, bersukan, hobi dan kerja-kerja sukarela yang boleh membantu anda mengatasi tekanan hidup
- Jauhi rakan-rakan yang melakukan vandalisme
- Sentiasa mengawal kelakuan anda sedikit demi sedikit dan mencatatkannya di atas kertas
- Untuk bantuan dalam hal ini, dapatkan nasihat kaunselor atau pakar psikologi
Sumber : http://www.infosihat.gov.my/
Terima kasih.. entry ini amat berguna untuk saya membuat karangan :D
BalasPadamsaya suka
BalasPadamterima kasih....perkara ini juga sye boleh buat utk peta minda:)
BalasPadamcikgu taufiq,boleh tak berikan statistik kes vandalisme antara 2011-2012.
BalasPadamTerima kasih. . . Maklumat ini amat berguna untuk saya membuat pembentangan =)
BalasPadamterima kasih.. :)
BalasPadam..terima kasih atas perkongsian ini..ia menjadi rujukan untuk assignment saya.. :)
BalasPadamWoof woof woof
BalasPadamRyan fung sai kin
BalasPadamBoleh menjadikan enspirasi untuk saya
BalasPadam