Isnin, 21 Mac 2011

Keputusan SPM Diumumkan Rabu Ini

PUTRAJAYA: Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 akan diadakan pada 9 pagi Rabu ini di Aras 6, Blok E8, Kementerian Pelajaran di sini.

Menurut satu kenyataan pada Isnin, calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas 10 pagi hari berkenaan.

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos, atau boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri, tempat mereka mendaftar sebelum ini.

Kenyataan itu menyebut Kementerian turut memperkenalkan perkhidmatan semakan keputusan SPM melalui mySMS di talian 15888, mulai tahun ini.

Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi Rabu ini dan ditamatkan pada 12 tengah malam hari yang sama. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. Cikgu berdoa mudah-mudahan semua calon yang menduduki peperiksaan SPM tahun lalu beroleh kecemerlangan dalam peperiksaan berkenaan.

    BalasPadam