‘Guru Inovatif
Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara’  telah  dipilih
sebagai  tema  Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-41
bagi  Tahun 2012.
Pemilihan tema
ini telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Yang Berbahagia Dato’
Sri Abd. Ghafar bin Mahmud ketika menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Hari
Guru 2012 pada 30 April 2012 di Dewan Besar Sekolah Sultan Alam Shah, Presint
1, Putrajaya.
Tema Hari Guru
ini  amat bersesuaian dengan tahun 2012
yang juga merupakan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi di peringkat nasional. 
Peranan guru  amat penting dalam melonjakkan prestasi
pencapaian murid. kerana kecemerlangan
dan kemenjadian murid adalah puncak manifestasi seseorang  guru hasil daripada kerja-kerja pendidikan
yang mampu menghasilkan modal insan yang kompeten dan cerdas dalam aspek ilmu
dan kemahiran; inovatif dan kreatif; bersahsiah dan bersifat patriotik serta
cinta akan tanah air. 
Guru inovatif
juga mampu melonjakkan transformasi terhadap murid dengan berbekalkan ilmu dan
kemahiran sains teknologi terkini dan ini membuktikan bahawa modal insan
berinovasi menjadi prasyarat utama kepada pertumbuhan produktiviti ke arah penjanaan
ekonomi berpendapatan tinggi. 
Sehubungan dengan
 itu, para pendidik  diseru agar bersama-sama berusaha membuat
anjakan daripada daya upaya peralatan kepada daya upaya minda dan daripada
pemudah cara kepada pencetus invensi dan inovasi.
Sumber : http://buletinkpm.blogspot.com/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan