Oleh HARIATI AZIZAN
PETALING JAYA : Facebook masih memikirkan sama ada untuk
memberi ruang kepada mereka yang berusia di bawah 13 tahun, tetapi di Malaysia,
hampir 250,000 kanak-kanak, sebahagiannya semuda tujuh tahun, telah mendaftar
di laman rangkaian sosial terbesar dunia itu.
Pengguna Internet muda, yang berjuta-juta di seluruh dunia,
telah dapat mengelakkan ketetapan sekatan umur dengan berbohong tentang umur,
antaranya dengan bantuan ibu bapa mereka.
Had umur 13 tahun telah ditetapkan oleh Akta Perlindungan
Privasi Dalam Talian Kanak-Kanak di Amerika Syarikat.
Menurut media sosial global dan syarikat analisis digital
Socialbakers, kira-kira 248,500 pengguna Facebook di Malaysia merupakan
pra-remaja apabila setakat Ogos tahun lalu, menjadikannya kira-kira 2.2 peratus
daripada 11.3 juta pengguna.
Bilangan pengguna telah meningkat kepada lebih 12.4 juta,
kata syarikat itu bahawa kedudukan Malaysia pada tangga ke-17 di kalangan 213
negara.
CyberSecurity Malaysia telah memberi amaran mengenai bahaya
kanak-kanak di bawah umur menggunakan Facebook tanpa bimbingan ibu bapa yang
sepatutnya.
“Kami tahu terdapat mereka yang merupakan kanak-kanak
berusia di bawah 13 tahun di Facebook,” kata ketua pegawai eksekutif, Leftenan
Kolonel (R) Prof Datuk Husin Jazri.
Beliau percaya dengan memansuhkan sekatan umur itu akan
memberi kesan positif.
“Dengan membenarkan kanak-kanak untuk mendaftar, kita dapat
memantau berapa ramai sebenarnya yang berusia di bawah 13 tahun,” kata beliau.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi turut bersetuju mengenainya.
“Kanak-kanak boleh berpotensi untuk terbuka dengan akaun
Facebook. Ini akan menggalakkan mereka untuk berkongsi pengalaman mereka secara
dalam talian.
“Dengan menyembunyikan umur mereka dan tanpa sebarang
langkah perlindungam kanak-kanak tidak dapat dilindungi dengan sewajarnya,”
katanya.
Bagaimanapun, pakar media sosial, Jasmin Choy berkata,
keadaan itu akan menjadikan kanak-kanak lebih terdedah kepada pembulian siber
dan mangsa seksual.
“Ibu bapa mereka sama ada berasa mereka tidak boleh berbuat
apa-apa atau mereka tidak tahu apa yang akan berlaku kepada anak-anak mereka
apabila di alam siber,” kata Choy, yang mempunyai dua anak yang masih kecil.
Pelajar kolej Syaza Nazura, 18, berkata: “Melarang
kanak-kanak di bawah 13 tahun (menggunakan Facebook) tidak berkesan kerana
mereka boleh melakukannnya dengan hanya memalsukan tarikh lahir.”
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan