PUTRAJAYA - Sekolah Cempaka Malaysia (CSM), yang muncul sebagai johan keseluruhan bagi tahun kelima berturut-turut pada Sukan Pendidikan Dunia (WEG) menerima trofi Piala Dunia daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, di sini hari ini.
Muhyiddin, yang juga Menteri
Pelajaran I, dalam ucapan di majlis penyampaian di pejabatnya di sini, memuji
CSM atas pencapaian itu dan berkata kejayaan berulang oleh CSM membuktikan
pelajar Malaysia boleh menjadi johan dunia.
"Dengan memenangi sembilan trofi dunia dalam tempoh lima tahun, Cempaka telah mencipta reputasi akademik yang kukuh, pada tandaras antarabangsa.
"Ia sebuah sekolah kelas
antarabangsa, menewaskan pesaing 5.1 juta kanak-kanak dari 30,000 sekolah, dari
lebih 226 negara di serata dunia," kata beliau.
Beliau berharap kejayaan CSM akan
memberi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain di tanah air.
Muhyiddin juga menghadiahkan dua
lagi trofi - World Literacy dan World Science.
Kesemua tiga trofi diterima oleh
pengasas CSM Datuk Freida Mohd Pilus.
Turut hadir ialah dua timbalan
menteri pelajaran, Datuk Mary Yap Kain Ching dan P.Kamalanathan; serta Pengurus
Serantau 3P Learning Australia, Paul Mc Mahon, penganjur pertandingan itu.
Pertandingan terbesar dunia
secara online itu yang disokong UNICEF berlangsung dari 5 hingga 7 Mac dalam
tiga kategori - literasi, matematik dan sains.
Ia menyaksikan 23 pelajar dari
CSM mencapai kedudukan 10 teratas, termasuk Daniel Muhammad Syafiq yang
memenangi juara 'Champion of Champions' meliputi ketiga-tiga kategori.
Daniel memenangi tempat teratas
bagi kategori sains, kedua dalam literasi dan kesembilan dalam matematik. -
Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan