Selasa, 29 Oktober 2019

ISU AGAMA : Rahmah dan Wasat dalam Islam


Dr. Mohd. Zaidi bin Ismail  

Sudah dimaklumi ramai bahawa Islamophobia adalah masalah besar yang mengharung Umat Islam di pelbagai tempat di dunia kini.

Imej Islam menjadi tercemar ekoran tindakan melampau kelompok-kelompok tertentu daripada kalangan Kaum Muslimin, selain mainan propaganda beberapa pihak bukan Islam yang mempunyai agenda dan muslihat mereka sendiri.

Justeru, penegasan semasa Kerajaan Malaysia agar ciri Rahmah pada Islam diberikan penekanan adalah suatu langkah yang tepat dan wajar disokong.

Penekanan yang dimaksud itu, bagaimanapun, perlu dilakukan dengan penuh kejujuran dan berpandukan kefahaman yang jelas sepadu agar tujuan murni yang diinginkan itu dapat terhasil. Juga penting untuk dipastikan bahawa langkah-langkah pentadbiran yang dikaitkan dengan tema-tema utama dan istilah-istilah pokok Agama Islam seperti wasat (yakni adil), rahmah dan yang lain-lain seumpamanya ini tidak bersifat musiman dan bersilih ganti mengikut pertukaran pucuk-pucuk pimpinan pemerintah atau parti-parti politik yang membentuk kerajaan.

Sekiranya pertukaran sedemikian dibiarkan berlaku, sangat dikhuatiri bahawa maksud-maksud mulia yang terkandung dalam tema-tema dan istilah-istilah itu bakal dijadikan bahan momokan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai motif yang tidak baik, atau pihak-pihak yang berasa tertipu, bosan, dan mual.

Sebagaimana yang telah sering kita dengari, antara ayat-ayat penting yang menjadi sandaran utama penekanan perihal Islam sebagai Agama Rahmah adalah berkenaan perutusan Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai Rahmat untuk sekelian Alam (Surah al-Anbiya’: 107).

Menarik untuk kita perhatikan bahawa dalam Al-Quran, selain ayat yang dimaksudkan di atas yang dinyatakan dalam bentuk susunan kata “wa ma arsalnaka illa…” (tiada kami utuskan kamu, iaitu Baginda Nabi Muhammad SAW, melainkan…), terdapat tiga lagi ayat dengan bentuk aturan yang serupa.Tiga ayat tersebut adalah: Surah Saba’: 28; Surah al-Isra’: 105; dan Surah al-Furqan: 56.

Dapat difahami daripada ayat-ayat tersebut bahawa sementara perutusan Nabi Muhammad SAW secara amnya adalah Rahmat untuk sekelian Alam, dalam ruang-lingkup penzahiran Rahmat yang menyeluruh itu kepada sekelian bangsa insani pula, Nabi SAW secara khusus diutuskan dengan kesepaduan dwi-misi, yakni bashiran wa nadhiran (membawa khabar gembira sekali gus khabar yang menakutkan).Justeru, hanya apabila kesepaduan dwi-misi itu dipelihara dan dilaksanakan dengan adil (atau wasat), barulah Rahmat kepada Umat Manusia itu dapat dizahirkan dengan sempurna.

Pemeliharaan dan pelaksanaan dengan adil itu bermaksud tiada melampau dalam mengutamakan satu-satu sisi dengan mengabaikan sisi yang lain, yakni: tidak berat kepada yang membahagiakan semata-mata dan tidak pula condong cuma kepada yang menakutkan.

Ringkasnya, masing-masing sisi itu, iaitu sisi yang menegaskan apa yang positif dan sisi yang menegah-mencegah apa yang negatif, ada peranan dan ketikanya yang perlu dijaga dan dipatuhi.

Hakikat satu bersisi dua inilah yang bukan sahaja perlu dipelihara sepanjang waktu tetapi juga wajib dipupuk merentas pelbagai lapisan kehidupan serta bidang tumpuan. Inilah juga semangat yang terkandung dalam kaedah dan manhaj Islam zaman-berzaman.

Maka kita dapati dalam soal-soal berkait dengan Aqidah dan Usuluddin penegasan terhadap kesepaduan nafi dan ithbat: “penafian segala yang palsu” dan “pensabitan segala yang benar,” khasnya yang berkenaan keyakinan perihal Tuhan dan Nabi serta segala yang berkait dengan kedua-duanya itu.

Dalam soal-soal berkait dengan Syariat dan Fiqh pula, kita dapati penekanan terhadap kesepaduan dar’ al-mafasid (penolakan perkara-perkara yang buruk lagi merosakkan) dan jalb al-masalih (perolehan perkara-perkara yang baik lagi bermanfaat).

Dalam hal-ehwal Akhlaq dan Tasawwuf juga wujud kesepaduan takhliyah (atau tahdhib) dan tahliyah: segi yang pertama itu bermaksud “penyucian daripada yang keji lagi nista” manakala segi yang kedua itu bermakna “pengindahan dengan yang murni lagi mulia.”

Dalam ruang-lingkup hidup bermasyarakat pelbagai tingkat, kita dapati pula kesepaduan al-nahy ‘ani l-munkar dan al-amr bi l-ma‘ruf: yang awal itu berkenaan “pelarangan daripada apa yang tidak baik dan dibenci” dan yang kemudian itu pula berkaitan “penyuruhan kepada apa yang baik dan diakui.”

Malah, dalam disiplin berfikir yang dipupuk menjadi Ilmu Mantik (Logik) dalam Tradisi Ilmu Islam, khasnya yang berkaitan cara-cara definisi dan pentakrifan yang betul, ditekankan pula kesepaduan syarat (atau sifat) jami‘ dan mani‘: “keperluan menghimpunkan segala unsur asasi yang benar-benar membentuk sesuatu itu” dan “keperluan mengeluarkan apa sahaja perkara yang tiada secara asasi membentuk sesuatu itu.”

Bahkan, budaya ilmu yang disuburkan dalam Peradaban Islam sentiasa menuntut kesepaduan pendekatan radd (tulisan yang bersifat penafian atau penolakan) dan sharh (tulisan yang bersifat penjelasan dan penghuraian), jika tidak pun dalam penghasilan peribadi setiap tokoh ilmuwan pada setiap zaman, maka sekurang-kurangnya dalam satu-satu komuniti ilmu yang wujud pada mana-mana era.

Sesungguhnya, kesepaduan pendekatan ilmiah di atas inilah yang dicontohkan oleh Hujjatul Islam Imam Abu Hamid Muhammad al-Ghazzali (wafat 505H/1111M) lewat karya-karya utama beliau seperti Tahafut al-Falasifah dan Ihya’ ‘Ulum al-Din.

Kesimpulannya, Islam dan segala yang terkait dengannya mengandungi kedua-dua sisi: eksklusif (menolak apa yang patut ditolak) dan inklusif (menerima apa yang wajar diterima). Justeru menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mengekalkan kesepaduan kedua-dua sisi hakikat yang dinyatakan di atas. Jika tidak, bukan sahaja langkah yang kita ambil ini akan tempang dan cacat tetapi juga apa yang bakal kita capai kelak menjadi jauh tersasar daripada matlamat.

WALlahu a‘lam!

Sumber : // http : www.ikim.gov.my/

8 ulasan:

  1. I read yours are very good, suitable for me as a new learning blogspot. I have a Prediksi Jitu blogspot. I am very grateful if friends want to visit on my blogspot
    bandar togel. prediksi togel
    Not only Blogspot, I also learned to make a page, Visit also my cool page Berita terpopuler. Educational material can also be found at bandar bola

    BalasPadam
  2. Dewacintaqq agen poker online
    Daftar : https://bit.ly/2TPlzGQ
    Segera Bergabung Dengan Kami Dewacintaqq
    Situs Agen Judi Poker Online Terpercaya di Indonesia..
    kepuasan pelanggan adalah tujuan kami

    Rekomdasi bandar Poker lainnya :
    https://bit.ly/2U2Vtih
    https://bit.ly/38K0xNW
    https://bit.ly/2INfQeh
    https://bit.ly/2We7ILE
    https://bit.ly/2IN6NtC
    https://bit.ly/3cX1yWi
    https://bit.ly/2TPlzGQ
    https://bit.ly/2w8PJM7
    https://bit.ly/2Wne0cb

    BalasPadam