Jumaat, 17 Disember 2010

ISU PENARIKAN BALIK NOVEL SPM : Guna kaedah tampal baiki masalah dalam novel Interlok

ABDULLAH HUSSAIN

BERITA disiarkan Berita Harian pada 16 Disember 2010 mengenai penarikan balik Novel Interlok hasil karya Abdullah Hussain, Sasterawan Negara amat mengejutkan. Berita ini mengejutkan guru, murid dan juga penerbit buku.

Setakat ini, semua sekolah di Zon Tengah, iaitu di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Negeri Sembilan sudah menerima buku itu dan siap sedia untuk diedarkan kepada murid.

Bagi guru pula, mereka sudah membacanya dan menyediakan bahan untuk diajarkan kepada murid bermula 3 Januari 2011.

Untuk mengeluarkan buku ini, panel penilai sudah mengikut segala prosedur ditetapkan. Kementerian Pelajaran membelanjakan berjuta untuk menerbit dan mengedarkan buku ini ke sekolah kerana buku ini diberikan percuma kepada murid di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Persoalannya ialah mengapakah penarikan buku ini tidak dibuat Menteri Pelajaran? Saya berharap supaya berita dapat disahkan pihak bertanggungjawab, iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jika masalah itu benar-benar menyinggung perasaan kaum tertentu, tindakan yang perlu diambil ialah langkah pembaikan atau pembetulan. Caranya adalah dengan menggunakan kaedah tampal. Melalui kaedah tampal, penerbit akan membuat pembetulan halaman yang dikatakan bermasalah atau menimbulkan masalah. Kemudian, halaman yang berkenaan diedarkan ke sekolah.

Jika novel itu ditarik balik, kerajaan akan rugi berjuta ringgit, malah nama Sasterawan Negara kita akan dipandang rendah dan hina dalam kalangan masyarakat. Setelah saya membaca novel itu saya mendapati bahawa tiada perkara yang boleh menimbulkan sensitiviti kaum tertentu.

Hal ini dikatakan demikian kerana novel ini adalah hasil kreativiti dan imaginasi pengarang berdasarkan fakta sejarah menggambarkan proses integrasi yang berlaku di negara kita zaman sebelum kemerdekaan.

ABDUL GHALIB YUNUS,
Munsyi Dewan.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

1 ulasan:

  1. Memang novel yang dihasilkan ini adalah hasil kreativiti dan imaginasi pengarang dan fakta sejarah pada masa dahulu tetapi ada caranya yang tertentu untuk diulaskan fakta-fakta sejarah tersebut.tidak payah mengungkitkan soal kasta.Sejarah malaysia tidak ada kena-mengena dengan soal kasta.Paria itu menyentuh soal kasta.Orang India lebih faham daripada penulis yang bergama islam.

    BalasPadam