Jumaat, 17 Disember 2010

NOVEL INTERLOK DITARIK BALIK?

Oleh Sharifah Salwa Syed Akil


KUALA LUMPUR: Buku teks subjek Sastera Bahasa Malaysia yang akan digunakan pelajar Tingkatan Lima sekolah menengah tahun depan bakal ditarik balik berikutan dakwaan kandungannya menyentuh sensitiviti kaum, selain mengkritik dan menghina orang Melayu serta India. Persetujuan menarik balik serta-merta buku teks bertajuk Interlok karya Abdullah Hussain itu dipersetujui Penolong Pengarah Unit Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Sairi Adenan dan Pengarah Jabatan Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Abdul Khalik Sulaiman, selepas pertemuan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah semalam.

Intelok, novel komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia terbitan DBP itu sudah diedarkan kepada semua sekolah menengah baru-baru ini untuk diagihkan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebaik sesi persekolahan dibuka awal bulan depan.

Buku teks berkenaan didapati mempunyai unsur penghinaan kepada orang Melayu berdasarkan perkataan yang ditulis dalam beberapa halaman, seperti orang Melayu bodoh, malas selain perkataan paria serta ada unsur menyentuh isu ketuhanan dan keagamaan bagi kaum India. Murugiah yang juga Pengerusi Biro Pengaduan Awam (BPA), berkata pihaknya menerima aduan orang ramai dari seluruh negara yang meminta BPA mengambil tindakan sebelum orang ramai membuat tindakan drastik dengan membakar buku berkenaan di hadapan Kementerian Pelajaran. Katanya, isu itu didedahkan sebuah akhbar tempatan berbahasa Tamil semalam selepas mendapat aduan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan buku itu.

Sumber : http : //www.bharian.com.my/

4 ulasan:

  1. hai adik...
    ingat kak ila lagi? pertama kali kak ila tersinggah di sini sebab tertarik dengan isu novel pak abdullah hussin. terima kasih...
    izinkan kak ila melayarkan N3 ini ke blog kak ila...

    BalasPadam
  2. tiada yang salahnya mengenai novel ini... mereka saja yang cuba menyalakan api perkauman ini. Bodoh sangat mereka ini!!!

    BalasPadam
  3. Memang tidak salah mengenai novel ini kerana ia merupakan hasil persendirian. Dari pendapat saya, yang salahnya ialah pengunaan novel itu sebagai bahan rujukan di karang persekolahan. kesusasteraan bermaksud: (ke) susastera (an) kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Sekiranya buku hasil sasterawan negara ini mengunakan kata- kata yang boleh menyingung perasaan sesuatu kaum dan tidak mengendahkan kehalusan bahasa, maka tidak wajar kita mendedahkannya kepada pelajar sekolah, yang bakal menerajui negara. Sekiranya apa yang diperkatakan di buku ini benar biarlah ia dicatat didalam buku sejarah bukannya buku sastera.

    BalasPadam
  4. Kita kena tanya diri kita sendiri. mengapa orang India nak maraH? sebabnya kandungan dalam buku ini menggunakkan isu perkauman dan kasta.Ini memang salah.

    BalasPadam