JUARA dunia, Yohan Blake (kiri) meraikan kejayaannya melintasi garisan penamat menewaskan pelari terpantas dan pemegang rekod dunia 110 meter, Usain Bolt (dua dari kanan) di kejohanan persiapan Olimpik Jamaica, di Kingston, awal hari ini. Blake menyudahkan larian dengan catatan 9,75 saat, mengalahkan Bolt yang ketinggalan 0.11 saat. - Foto AP
KINGSTON : Usain Bolt adalah pelari lelaki terpantas di dunia
tetapi hari ini tidak di negara asalnya, Jamaica.
Penghormatan pelari terpantas kini milik Yohan Blake, yang
menyudahkan larian final 100 meter mencatat 9.75 saat bagi mengejutkan pemegang rekod
dunia itu dengan 0.11 saat pada persiapan Olimpik Jamaica, hari ini.
Blake sepatutnya memiliki gelaran juara dunia itu tahun lalu lagi di Korea Selatan tetapi Bolt ketika itu tidak berlari selepas disingkirkan kerana melakukan kesalahan memulakan larian.
Hari ini adalah pertemuan mereka kembali dan Bolt dianggap
pelari pilihan kerana memegang rekod dunia dengan 9.58 saat.
Blake adalah rakan latihan Bolt tetapi Blake tidak pernah
berlari di bawah catatan 9.84 saat sepanjang kariernya.
Namun lariannya hari ini dengan catatan 9.75 saat adalah masa
terbaiknya tahun ini, sekali gus memecah rekod kebangsaan empat tahun di
Stadium Nasional. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan