SHAH ALAM : Pakar sistem
pengangkutan pintar yang mengkaji keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik
(AES) berkata, kamera kelajuan boleh mengurangkan kadar kematian di jalan raya
pada kadar sekurang-kurangnya 35 peratus.
Pensyarah Jabatan Ukur Sains dan
Geomatik Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Khoiri Mohd Dimyati yang
berpengalaman hampir 30 tahun dalam pengangkutan awam dan sistem penguatkuasaan
berkata, penggunaan kamera kelajuan di negara lain membuktikan berjaya
mengurangkan kemalangan dengan peningkatan persepsi pemandu bahawa mereka
sentiasa diperhatikan.
Beliau berkata, kajian di
negara-negara yang menggunakan AES menunjukkan bahawa sistem itu berjaya
mengurangkan kemalangan dan kematian yang berkaitan sebanyak 70 peratus.
"Saya percaya AES boleh
mengurangkan kematian jalan raya sebanyak 30% hingga 35%. Jika AES boleh
berjaya di negara-negara lain, ia juga boleh berjaya di sini,"
katanya dalam satu temu bual di sini.
Dr Khoiry berkhidmat sebagai
penasihat di Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi pelaksanaan
AES antara 2008 dan 2011 apabila kementerian mengkaji kaedah mengurangkan
jumlah kemalangan dan kematian jalan raya.
Purata kadar kematian jalan raya
di Malaysia adalah 17.7 kematian setiap hari.
Dr Khoiri, yang juga penasihat
teknikal kepada kerajaan mengenai pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1967 berkata,
masalah yang wujud dalam kalangan pemandu Malaysia adalah sikap 'seolah-olah
tidak menghargai kehidupan'.
Selain itu Dr Khoiry berkata
kekurangan penguatkuasaan juga menyumbang kepada persepsi bahawa pemandu tidak
akan ditangkap kerana melanggar undang-undang.
AES mula beroperasi pada 23
September lalu dengan 14 kamera dipasang di Perak, Selangor, Putrajaya dan
Kuala Lumpur dan lebih banyak kamera akan dipasang di 817 kawasan di seluruh
negara tahun depan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri
Kong Cho berkata lokasi lain akan ditentukan oleh Institut Penyelidikan
Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Sumber : http : //www.mstar.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan