KEMALANGAN jalan raya
melibatkan bas ekspres bukanlah isu baharu, malah sudah berlaku sejak
bertahun-tahun lalu. Tetapi apabila sesuatu kemalangan terjadi melibatkan
kenderaan itu ketika itulah kita menyaksikan bagaimana pihak berkuasa dengan
‘penuh bangga’ memaparkan rekod kesalahan sama ada melibatkan bas terlibat atau
pemandunya.
Begitulah juga apabila berlaku
kemalangan sebuah bas ekspres yang merempuh 10 buah kenderaan di Kilometer
265.8 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Terowong Menora, Ipoh, Perak,
kelmarin, pihak polis mendedahkan bagaimana pemandu terbabit mempunyai sembilan
saman, manakala bas persiaran terlibat memiliki 63 saman! Persoalannya apakah
setelah berlaku sesuatu kejadian barulah pihak terlibat kelam-kabut untuk
mencari penyelesaian?
Hakikatnya, kita bosan apabila
melihat pelbagai pihak riuh sekampung memberi ulasan itu dan ini apabila
kemalangan berlaku. Sepatutnya sejak dari awal lagi, langkah pencegahan dilakukan
oleh JPJ dan SPAD bagi mengatasi masalah tersebut.
Sebelum ini, kita sering
dihidangkan dengan pelbagai langkah yang akan dilakukan oleh JPJ mahupun SPAD
bagi memastikan bas ekspres atau bas persiaran berada dalam keadaan selamat dan
bersih dari segi rekod sebelum dibenarkan berada di jalan raya mahupun lebuh
raya. Hakikatnya semua itu ‘hangat-hangat tahi ayam’ sahaja.
Itu baharu sebuah bas, penulis
yakin beratus-ratus lagi bas di negara ini mempunyai saman tertunggak
termasuklah melibatkan pemandu, tetapi apa yang JPJ dan SPAD lakukan? Adakah
hanya ‘menegur dan menggesa’ sahaja agar syarikat bas melakukan pemeriksaan dan
saringan terhadap pemandu?
Oleh itu bagi mengelakkan rakyat
berasa mual dan bosan disebabkan sikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ pihak berkuasa
adalah wajar langkah drastik dan tindakan lebih tegas diambil oleh JPJ dan
SPAD. Antaranya memastikan semua syarikat bas membayar saman tertunggak yang
dimiliki. Selagi saman tersebut tidak dijelaskan, selagi itulah bas terlibat tidak
dibenarkan beroperasi. Begitu juga dengan pemandu yang mempunyai saman, mereka
juga sepatutnya dikenakan tindakan tidak boleh memandu selagi saman tidak
dijelaskan.
Selain itu, peraturan pemeriksaan
kesihatan secara berkala ke atas pemandu-pemandu bas ekspres juga perlu
dilakukan secara serius bukannya ‘sekejap ada, sekejap tak ada’. Ini bagi
memastikan mereka bebas daripada pengaruh dadah.
JPJ dan SPAD seharusnya lebih
proaktif dalam soal ini kerana nyawa orang awam tidak boleh dipertaruhkan
apabila mereka menggunakan perkhidmatan bas ekspres. Syarikat-syarikat bas yang
ingkar mematuhi peraturan perlu dikenakan tindakan tegas termasuklah digantung
permit mereka.
Agak malang segala peraturan yang
dibuat oleh JPJ mahupun SPAD dianggap ‘sekadar hiasan’ sehinggakan kemalangan
melibatkan bas ekspres sering kali berlaku. Sesetengah syarikat bas ekspres
pula seolah-olah tidak berasa gerun dengan apa juga peraturan dan
undang-undang sedia ada kerana mereka tahu pihak berkuasa hanya bercakap tetapi
tiada tindakan.
Justeru walaupun mengetahui bas
atau pemandu mereka bermasalah, syarikat bas tetap beroperasi seperti biasa
seolah-olah tiada apa yang perlu dibimbangkan. Syarikat bas tidak bimbang kalau
disaman lagi kerana mereka ‘boleh buat koleksi’ dan jumlahnya hanya akan
diketahui apabila kenderaan milik mereka terlibat dalam kemalangan.
Oleh itu adalah diharapkan
kemalangan terbaru melibatkan bas ekspres pada musim Aidilfitri kali ini akan
menyedarkan semua pihak terlibat, sekarang adalah masa untuk benar-benar
bertindak, bukannya sekadar membuat kenyataan yang memualkan apabila tragedi
berlaku.
Sumber : http://www.utusan.com.my/
MestiQQ Adalah perusahaan judi online KELAS DUNIA ber-grade A
BalasPadamSudah saatnya Pencinta POKER Bergabung bersama kami dengan Pemain - Pemain RATING-A
Hanya dengan MINIMAL DEPOSIT RP. 10.000 anda sudah bisa bermain di semua games.
Kini terdapat 8 permainan yang hanya menggunakan 1 User ID & hanya dalam 1 website.
( POKER, DOMINO99, ADU-Q, BANDAR POKER, BANDARQ, CAPSA SUSUN, SAKONG ONLINE, BANDAR66 )
PROSES DEPOSIT DAN WITHDRAWAL CEPAT Dan AMAN TIDAK LEBIH DARI 2 MENIT.
100% tanpa robot, 100% Player VS Player.
Live Chat Online 24 Jam Dan Dilayani Oleh Customer Service Profesional.
Segera DAFTARKAN diri anda dan Coba keberuntungan anda bersama MestiQQ
** Register/Pendaftaran : WWW-MestiQQ-POKER
Jadilah Milionare Sekarang Juga Hanya di MestiQQ ^^
Untuk Informasi lebih lanjut silahkan Hubungi Customer Service kami :
BBM : 2C2EC3A3
WA: +855966531715
SKYPE : mestiqqcom@gmail.com