Oleh Hafizah Iszahanid
hafiza@bharian.com.my
Di Amerika Syarikat akhbar diramalkan mati lima tahun lagi,
di Malaysia 2029
BAGAIMANA nasib dunia penerbitan di Malaysia dalam tempoh
lima tahun dari sekarang? Di Amerika, diramalkan lima tahun lagi penerbitan
akhbar akan mati. Namun di Malaysia, dipercayai ia masih boleh bertahan
sehingga 2029.
Kebarangkalian ini tercetus lewat letusan teknologi yang perlahan-lahan mula menguasai dunia hingga memungkinkan penerbitan dalam bentuk fizikal bukan lagi keutamaan. Untuk 2010, jualan peranti tablet mencecah 19.5 juta orang dengan jualan 11 juta e-pembaca. Angka jualan peranti tablet dijangka menjangkau 208 juta menjelang 2014.
Di Malaysia untuk sepanjang tahun lalu, 656,000 unit tablet terjual dengan nisbah tablet dan komputer riba adalah 48:52.Pakar Runding Amanz Network, Aman Firdaus berkata, dunia semakin diambil alih oleh digital dan dalam ruang lingkup penerbitan, ia bukan hanya membabitkan buku dan akhbar, tetapi juga video mahupun audio, lalu kemungkinan pupusnya bahan cetak secara fizikal sememangnya besar.

“Penerbitan digital adalah medan seterusnya. Kita perlu
merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripadanya. Hari ini dunia penerbitan
sewajarnya sudah memulakan langkah dalam penerbitan digital kerana kita adalah
pengguna teknologi. Apatah peranti tablet semakin mudah didapati pada harga
murah dan pasaran semakin berkembang,” katanya pada Seminar Penerbit Semakin
Gulung Tikar Kerana Teknologi sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur
2012, baru-baru ini.
Aman melihat perkembangan semasa menyaksikan teknologi
menjadi medan utama komunikasi maklumat dan ia bergerak pantas sehingga twitter
serta buku wajah sudah menjadi sebahagian gelanggang komunikasi sehingga firma
penerbitan digital seperti e-Sentral dan Aiyo berkembang pesat.
“Kedua-dua syarikat terbabit melakukan pelbagai proses
penyelidikan dan pembangunan untuk memastikan perkhidmatan yang ditawarkan
menepati kehendak pasaran. Tidak berbeza dengan dunia penerbitan konvensional,
penerbitan digital juga berhadapan dengan episod saman-menyaman jika berita
yang dikeluarkan adalah fitnah,” katanya.
Ketua Pengarah Eksekutif, Amanz Network, Ikhwan Nazri Mohd
Asran berkata, apa yang paling jelas ketika ini adalah kos penerbitan buku
menjadi terlalu rendah dan sedikit sebanyak ia terkesan di hati penerbit.
“Tablet adalah segmen pasaran yang perlu diterokai penerbit.
Misalnya jika sebelum ini syarikat itu hanya menerbitkan novel dengan
teknologi, kini mereka boleh mengembangkan penerbitan novel menjadi e-buku atau
novel grafik yang secara tidak langsung meluaskan segmen pasaran mereka,”
katanya.
Malah tidak mustahil dalam tempoh dua tahun akan datang,
lebih ramai orang akan menerbitkan karya mereka sendiri dan meskipun buku
fizikal akan kekal relevan untuk tempoh lima tahun akan datang, namun e-buku
akan menguasai 40 peratus pasaran buku.
Dunia penerbitan digital juga punya mekanisme keselamatan
yang memastikan ia tidak berhadapan dengan cetak rompak dengan e-buku misalnya
memiliki DRM - Pengurusan Hak Digital yang berbeza untuk setiap enjin carian
dan membolehkan ia dibaca secara dalam talian dan boleh dimuat turun, tetapi
tidak boleh diagihkan kepada pembaca lain.
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan