BESUT : Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh meminta pelajar yang tidak mahu kembali ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka mendaftar dengan Majlis Pelajar Malaysia Mesir (MPMM) secepat mungkin.
Beliau berkata langkah itu bagi
memudahkan kementerian menempatkan mereka di tempat belajar baharu di institusi pengajian
tinggi awam (IPTA) tempatan.
"Tinjauan awal melalui
perjumpaan dengan pelajar terbabit di Putrajaya semalam mendapati kira-kira
3,000 tidak mahu ke Mesir dan bersetuju meneruskan pengajian di Malaysia,"
katanya kepada pemberita di sini.
Katanya kementerian sudah
mengenal pasti IPTA yang bersedia menerima pelajar terbabit.
Pada masa yang sama, Idris
berkata kerajaan tidak menghalang pelajar yang ingin kembali ke negara bergolak
berkenaan bagi meneruskan pengajian mereka, terutama pelajar tahun akhir.
Idris sebelum itu merasmikan
Majlis Profesor Bersama Komuniti yang disertai lebih 50 anggota Majlis Profesor
Negara (MPN).
Mengulas majlis itu, beliau
berharap MPN meneruskan program turun padang yang dilihat dapat memberi
motivasi kepada masyarakat untuk memperbaiki taraf hidup.
Katanya program juga perlu
diadakan lebih kerap serta diperluas.- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan