Oleh
Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bharian.com.my
KEJAYAAN pemain
muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab
Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar akan membuka lembaran baru kepada
pembangunan pemain muda di negara ini.
Bagi pengendali
Harimau Muda, Ong Kim Swee, berita terbaru mengenai Nazmi ini begitu
menggembirakan dan cukup bagus untuk pendedahan pemain muda itu di peringkat
tertinggi.
“Ini satu
perkembangan yang cukup baik kerana sebelum ini hanya pemain senior saja yang
mendapat peluang di peringkat lebih tinggi.
“Perkhabaran positif Nazmi ini akan membuka lembaran baru kepada aspek pembangunan pemain muda di negara ini untuk terus melahirkan lebih ramai pemain muda berkualiti,” katanya ketika dihubungi di Slovakia, semalam.
Menurut laman web
rasmi kelab berkenaan, tonggak Harimau Muda yang beraksi di saingan Liga
Singapura itu, memikat perhatian panel pemilihan dan terus ditawarkan kontrak
tiga tahun untuk menyarung jersi kelab itu.
Namun, di sebalik
kejayaan Nazmi memikat kelab Portugal itu, Kim Swee menegaskan semua pihak
tidak boleh terus ‘dibuai mimpi indah’, sebaliknya usaha pencarian dan
pembangunan pemain muda harus dilipat gandakan.
“Daripada
penubuhan Harimau Muda kira-kira empat tahun lalu, kini kita sudah boleh lihat
hasilnya. Tapi pembangunan pemain muda tidak boleh berhenti begitu saja.
“Saya akan
berjumpa dengan ejen Nazmi (Marco Guimaere) malam ini (semalam). Selepas
pertemuan itu, baru kita akan dapat tahu lebih lanjut mengenai kontrak yang
ditawarkan kepada Nazmi,” katanya .
Sumber : http : //www.bharian.com.my/
Dari satu sisi, tahniah atas kejayaan terpilih sebagai Kelab Divisyen Satu Portugal, S.C Beira Mar....
BalasPadamDari sisi yang lain, nampaknya Nazmi terpaksa menangguhkan peperiksaan SPM nya TIGA tahun lagi selepas terpaksa menangguhkannya kali pertama tahun lalu oleh sebab mewakili negara dalam Skuad Olimpik...
Pengorbanan yang mungkin berbaloi...