Pertamanya, saya
ingin menyampaikan rasa kesyukuran yang tidak terhingga terhadap Allah yang
telah mengizinkan kita bertemu pada pagi ini.
Bagi seorang yang
mempunyai pengalaman sedikit sebanyak dalam menerajui Kementerian Pelajaran,
saya menyedari bahawa tugas untuk membentangkan satu Pelan Pembangunan
Pendidikan yang bersifat futuristik dan jangka panjang adalah amat mencabar
kerana ia melibatkan kepentingan 28 juta rakyat Malaysia dalam hal pendidikan
negara.
Malah, bukan itu
sahaja tetapi mahu tidak mahu setiap daripada kita mengakui, kita adalah pakar
dalam bidang pendidikan.
Justeru, apabila
tugas untuk menyediakan pelan ini sudah sampai ke peringkat untuk dibincangkan
bersama rakyat, ia merupakan satu pelan yang komprehensif dan demokratik kerana
mengambil input daripada pelbagai golongan dan merupakan satu pelan yang telus
dan berani kerana mengambil pandangan daripada pakar-pakar dari dalam dan luar
negara.
Di samping itu
pelan ini dan kedudukan serta pencapaian sistem pendidikan dibench mark
dengan pencapaian negara-negara lain dan penilaian dibuat secara objektif. Saya
ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri
Pelajaran dan kementeriannya.
Pembentangan ini kena
pada masanya sebab kita mempunyai cita-cita dan impian yang besar.
Ya, jumlah
pelaburan penting, ia penambahan perdagangan antarabangsa yang boleh menyuntik kepada pertumbuhan ekonomi negara tetapi kalau segalanya tidak diasaskan kepada
kualiti pendidikan. rakyat Malaysia yang mempunyai ilmu dan kemahiran yang
mencukupi, nilai, sikap dan pembangunan intelektual kerohanian maka impian
mungkin tidak kesampaian.
Sebab itu kalau hendak katakan ada satu bidang yang amat penting lagi kritikal untuk masa depan, tidak
lain tidak bukan adalah bidang pendidikan negara kita.
Saya tertarik
dengan 11 anjakan paradigma yang dihuraikan kerana ada juga daripadanya
penegasan kepada soal nilai-nilai masyarakat.
Sehari dua ini
keadaan amat tipikal, demonstrasi jalanan bukan nilai Malaysia yang patut kita
pupuk apatah lagi melondehkan seluar di khalayak ramai, ia bukan nilai yang
boleh kita banggakan.
Jadi kalaulah dalam
rombakan sistem pendidikan kita hendak tekan perkara-perkara seperti ini maka
kita berminat untuk melahirkan generasi yang boleh membawa kita ke mercu
kejayaan.
Pelaburan kerajaan
dalam bidang pendidikan sejak 55 tahun merdeka bukanlah kecil, seawal tahun
1980, Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan peruntukkan yang tinggi daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk pendidikan rendah, menengah dan
tinggi. Pelaburan ini adalah antara peruntukan yang tertinggi di rantau Asia.
Pada 2011
perbelanjaan pendidikan merupakan 3.81 peratus daripada KDNK dan 8.7 peratus
daripada perbelanjaan kerajaan. Barangkali apabila hendak melaksanakan blue
print ini peruntukan perlu ditambah.
Keadaan ini selaras
dengan trend negara-negara maju seperti Jepun, Korea, Singapura dan lain-lain
dan ia sudah sampai masanya. Kita bukan saja melihat dari segi kuantitatif
tetapi juga kualitatif.
Sebagai Menteri
Kewangan saya memberi perhatian pada soal value for money dan return
of invesment akan kita gunakan untuk memastikan setiap ringgit duit yang
datang daripada pembayar cukai digunakan untuk menentukan keberhasilan sebaik
mungkin.
Sebagai kerajaan
yang bertanggungjawab kita sentiasa menangani isu pendidikan dan isu ini mesti
dilihat sebagai isu yang melampaui politik. Perkiraan pendidikan tidak
seharusnya dibuai dengan sentimen kepartian tapi lebih kepada perkiraan
nasional.
Matlamat kita
adalah untuk memastikan setiap anak Malaysia mampu merealisasikan potensi
kurniaan Tuhan yang dimiliki dan apa yang membezakan mereka adalah sama ada
mereka sanggup berusaha atau tidak.
Jadi untuk memastikan
masa depan yang lebih baik untuk anak-anak Malaysia keseluruhannya, maka kita
sebagai pemimpin perlu ada keberanian moral sebanyak mungkin untuk depoliticise
bidang pendidikan. Ini bagi memastikan kita membuat keputusan berdasarkan
kepentingan anak-anak kita dan negara bukannya bersifat populis.
Laporan yang
dilancarkan adalah laporan awal bagi menjemput cadangan, makluman balas, komen,
kritikan dan sokongan. Ia sesuai dengan ucapan saya sebelum ini bahawa era
kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan
telah berakhir. Kerajaan menjemput agar semua rakyat Malaysia untuk bersama
memberi pandangan dalam pelan yang amat penting ini.
Rupa bentuk negara pada masa depan akan ditentukan daripada langkah dan pelan yang diambil hari ini dan
kenyataan ini cukup signifikan dalam bidang pendidikan sebab apa yang
diputuskan akan menjangkau masa yang lama.
Justeru, kita tidak
mampu menangguhkan apa yang kita perlu atau mengambil sikap perubahan yang
berdikit-dikit. Untuk mengaut laba masa depan kita perlu berani melabur dan
menyemai secara bijak dan perubahan yang perlu dilakukan dalam mencapai
keberhasilan yang bersifat lonjakan berganda.
Kemeriahan sambutan
kemerdekaan masih lagi terasa. Sejak merdeka hasil sikap pragmatik dan
penolakan kita terhadap kaedah yang dogmatik dalam hal ehwal nasional
menyebabkan kita telah menempa kejayaan demi kejayaan.
Dalam beberapa
dekad di awal kemerdekaan, kita telah berjaya melakukan transformasi daripada ekonomi
pertanian yang berpendapatan rendah kepada ekonomi perindustrian yang
berpendapatan sederhana tinggi. Setiap dekad kemerdekaan menyaksikan cabaran
bitara dan kita telah berjaya mengharunginya.
Era awal
kemerdekaan telah menyaksikan bagaimana kita menangani masalah buta huruf diikuti
cara kita menangani era ekonomi berasas pertanian dan kemudian perindustrian.
Hari ini Malaysia
adalah negara dalam transisi ke arah negara maju berpendapatan tinggi dengan
ekonomi berasaskan paradigma yang berbeza dengan ekonomi yang berasaskan
pengetahuan dan pada pengamatan saya ada dua corak dalam ekonomi akan datang
dan ekonomi dahulu.
Satu, waktu di
bangku sekolah apabila belajar krisis ekonomi kita diperkenalkan dengan tradisional
factors production tapi hari ini tradisional factors of production
telah digantikan dengan pengetahuan dan ia berteraskan tiga nilai iaitu
pengetahuan, teknologi dan inovasi.
Jadi apabila
merombak sistem pendidikan, kita mesti memahami the new economic yang terasnya adalah
ketiga-tiga nilai itu.
Jadi sistem
pendidikan kita mesti mampu disesuaikan untuk menghadapi cabaran-cabaran
semasa.
Dua, mesti lakukan
hari ini, kita menyediakan anak-anak kita untuk mengisi pekerjaan yang belum
lagi wujud.
Dua cabaran ini
penting untuk kita mengolah sistem pendidikan kita supaya mampu menyediakan apa
yang dikatakan untuk masa depan era yang berubah dengan perubahan yang begitu
pantas.
Dalam laporan,
kerajaan mengambil sikap bertanggungjawab, kita tidak rasa segan dan takut
untuk mengatakan apabila kita dinilai dalam Ujian Programme for
Internasional Student Assessment (PISA) berada di kohort 1\ 3 paling bawah.
Kita sedar adalah
lebih baik mengakui daripada menutup dan ini menunjukkan keberanian moral
dengan mengakui kesalahan apatah lagi berani untuk melakukan perubahan dan
anjakan. Kita perlu mencari penyelesaian yang kreatif dan inovatif.
Kita perlukan
komitmen dan kepakaran, perlukan pengorbanan dan sumbangan semua segmen
masyarakat dalam menyelesaikan sebarang masalah.
Kita tidak nafikan
kita telah melakukan banyak perubahan. Tiang seri utama sistem pendidikan kita
telah diterapkan semenjak Penyata Razak diikuti Penyata Rahman Talib dan
terkini ditegaskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
Kita bertuah kerana
hidup dalam negara yang unik. Kepelbagaian; kita anggap sebagai satu kekuatan
pada negara yang kita cuba tangani sebaik mungkin, walaupun tidak kurang hebatnya
cabaran itu.
Kita terima sebagai
generasi terkemudian bahawa pengatur, bapa-bapa kita yang telah mengasaskan
negara ini melalui kebijaksanaan mereka telah memilih jalan integrasi - berbeza
dengan sesetengah negara lain.
Ini jalan yang
telah dipilih dan kita tidak boleh berpatah balik tetapi menerima sebagai legasi dan
tidak ada bidang yang dapat mencerminkan perkara ini dengan jelas berbanding apa
yang kita lihat dalam pendidikan nasional kita.
Begitu banyak jenis
sekolah dalam sistem kita. Ada sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan
Tamil, sekolah agama, sekolah persendirian Cina, sekolah mubaligh, sekolah
swasta dan antarabangsa. Saya tidak fikir ada negara lain mempunyai sistem
sekolah seperti yang kita ada iaitu banyak jenis sekolah. Kita kena urus
perkara ini sebab ia sudah merupakan legasi kita.
Oleh itu melalui
pelan yang baru ini, saya telah mendapat penegasan daripada Menteri Pelajaran,
setiap perubahan harus membawa manfaat dan kesan yang disasarkan kepada semua
jenis sekolah yang ada. Kita tidak mahu ia akan dijadikan bahan politik
mana-mana pihak.
Saya hendak sebut
setelah 55 tahun merdeka, Kita mesti memastikan setiap rakyat mampu bertutur
dalam bahasa kebangsaan dengan baik. Kalau tidak boleh menulis tetapi dari segi
pertuturan, cakap dan sebutannya mestilah baik.
Suka saya tegaskan
kepada semua, murid sekolah mesti
menguasai bahasa kebangsaan ini. Ini bukan soal politik tetapi nasional. Kita
juga hendak meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.
Saya fikir nak
belajar Bahasa Inggeris kena bermula dengan sastera Inggeris secara
berperingkat malah penguasaan bahasa ketiga amat digalakkan. Saya sendiri menggalakkan
anak-anak saya untuk menguasai Mandarin.
Kita sebuah negara
berbilang kaum dan bangsa. Kita boleh menguasai kepelbagaian yang orang lain
tak boleh kuasai. Kenapa loose kelebihan itu.
Melalui sistem
pendidikan kita tidak mungkin dapat merealisasikan apa yang diharapkan. Oleh itu
kita ada banyak aspirasi dan tidak kurang prinsip pendemokrasian pendidikan
nasional. Sebab kita mahu akses terhadap pendidikan berkualiti dapat dinikmati
semua rakyat tak kira di mana mereka berada. Sama ada di Kampung Bantal Ulu
Tembeling atau Rumah Panjang Ulu Lacau di Sarawak.
Semua tempat mesti
mendapat akses pendidikan berkualiti . Hal ini bergantung kepada guru besar dan
pengetua yang berkualiti tetapi mahukah guru kita ke kawasan luar bandar? Nak?
Jangan pula menulis
surat kecil minta ditukar ke tempat lain. Jangan pula datang berjumpa dengan
menteri, dengan saya, jumpa dengan wakil rakyat tempatan. Kalau disuruh
berkhidmat demi negara, berkhidmatlah.
Sumber : http : //www.utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan